Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Siapa yang tak kenal dengan pelakon cantik molek yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan ini iaitu Wan Syahera Putri Aprena Binti Wan Syahwan atau nama komersilnya Aprena Manrose.
Mungkin ada yang tak tahu bahawa Aprena adalah anak kepada pasangan selebriti Allahyarhamah Rosnah Mohd Noor dan juga penyanyi dangdut Iwan.
LAGU DANCE MONKEY JADI TRENDING
Sejak akhir-akhir ini lagu yang dinyanyikan oleh Tones and I iaitu Dance Monkey menjadi trending di setiap platform media sosial. Sekali gus ramai pihak yang mula membuat cover lagu berkenaan. Tidak melepaskan peluang Aprena Manrose sendiri.
Dance Monkey bukan lah lagu pertama yang dicover oleh adik Octovia Manrose ini. Sebenarnya Aprena sudah pun membuat beberapa cover lagu sebelum ini dan ianya telah mendapat pujian ramai pihak.
APRENA TURUT BUAT COVER DANCE MONKEY
Dek kerana memiliki keunikan suaranya yang tersendiri, Aprena sekali lagu memuat naik video bagi lagu Dance Monkey ke dalam instagramnya. Walau bagaimanapiun, reaksi pengikutnya untuk cover kali ini tidak seperti yang dijangkakan.
Dia memberitahu yang ada peminat menyatakan suaranya teruk untuk lagu tersebut. Disebabkan itulah dia dilihat hanya memuat naik video pendek sahaja. Jelasnya, dia hanya sekadar mencuba dan sekiranya mendapat sambutan baru lah dia akan memuat naik versi penuh.
Menjengah ke ruangan komen, berbeza pula respon diterima. Ramai yang menyifatkan Aprena memiliki suara lain dari yang lain. Bunyi ala-ala serak basah membuatkan ramai yang meminta Aprena untuk membuat cover penuh untuk lagu tersebut.
RAMAI NAFI SUARANYA SUMBANG
Peminatnya turut menafikan Aprena menyanyi sumbang seperti dimaklumkan. Rata-rata memberikan maklum balas yang positif.
Tak sangka Aprena memiliki bakat seperti bapanya yang bukan sekadar pandai berlakon malah bernyanyi secara baik. Mungkin sesetengah pihak menganggap suara serak itu kurang enak untuk didengar, namun tak semuanya berpandangan sebegitu.
Kredit: Instagram Aprena Manrose