Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Wajahnya mungkin jarang muncul di kaca tv. Namun namanya lebih popular berbanding dengan kejayaan dikecapi. Norfaralinah binti Md Yunus ataupun nama selebritinya Fara Mendoza antara pelakon yang sering disebut ramai.
ANAK SAUDARA RAMLAH RAM
Mungkin para pembaca tak tahu bahawa pelakon cantik ini merupakan anak saudara kepada penyanyi tersohor iaitu Ramlah Ram. Antara filem terbaru yang dilakonkan oleh Fara ialah Keranda Tok Wan Terbang.
Lama menyepi dalam industri hiburan akhirnya nama Fara Mendoza disebut kembali oleh para peminat gara-gara tersebarnya video artis cantik berkenaan di laman Facebook. Dia dirasuk ketika berada di pusat hiburan.
TERIMA GANGGUAN KETIKA DI KELAB MALAM
Berita tersebut mengejutkan ramai pihak apabila Fara Mendoza dilihat mengalami gangguan dari makhluk halus ketika sedang berlibur di kelab malam bersama rakan-rakannya. Menerusi rakaman, Fara Mendoza meronta-ronta tanpa sedarkan diri.
Rakannya yang ketika itu berada disampingnya ada cuba menenangkan pelakon berkenaan dengan membaca ayat suci Al-Quran. Walau bagaimanapun ianya seolah-olah tidak memberi kesan kepada Fara yang terus menerus menjerit.
PENGARUH UBAT TERLARANG
Ada setengah pihak mendakwa bahawa pelakon berkenaan bukan lah dirasuk seperti difikirkan umum. Malah dia sebenarnya di bawah pengaruh ubat terlarang yang mana menyebabkan Fara berada dalam separa sedar dan berkelakuan di luar kawalan.
Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan secara terperinci masalah sebenar kejadian yang menimpa Fara Mendoza ini. Apa pun penulis berasa sedikit bangga dengan rakan-rakannya kerana masih mampu untuk mengingat ayat suci Al-Quran meskipun berada di tempat sedemikian.
KREDIT VIDEO KEJADIAN:
Semoga pelakon ini berada dalam keadaan baik-baik sahaja dan tidak berlarutan kelak. Justeru, lebih baik kita menjauhi dari tempat-tempat hiburan seperti kelab malam ini. Maklum lah sudah terang dan jelas bahawa agama melarang kita berbuat demikian.
Jadikan kisah yang menimpa Fara ini untuk membuka mata kita semua agar tidak mengikut jejak langkah yang tidak baik.