Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Separuh abad tunggu, baru dapat! Zamani Slam terharu akhirnya dapat merasa untuk jadi raja sehari

Nama sebenar bekas penyanyi kumpulan Slam ini ialah Zamani bin Ibrahim. Dia dilahirkan pada 25 Mei 1971 di Ampang, Selangor. Zamani dan Slam mula mencipta nama dan berjaya memikat hati peminat pada awal 1990an.

Kejayaan kumpulan ini bukan sahaja dalam negara Malaysia, bahkan menjadi igauan bagi pencinta muzik di Indonesia dan beberapa negara serantau yang lain. Antara lagu yang sering diingati adalah Gerimis Mengundang, Tak Mungkin Berpaling, Jika Kau Rasa Getarnya dan banyak lagi.

Sumber Instagram

DISAMBUT DENGAN PENUH MERIAH

Tahun 2020 merupakan suatu permulaan yang sangat baik buat penyanyi bersuara lunak ini. Setelah hampir separuh abad Zamani hidup sendirian, akhirnya dia disambut dengan penuh meriah dalam sebuah majlis persandingan yang diadakan di Mercure, Selayang semalam.

Sebagai rekod, Zamani dan isteri Nur Juliana Abdul Rani berkahwin pada 20 September tahun lepas yang dilangsungkan secara tertutup di Ampang. Pada majlis akad nikah tersebut, dia hanya menjemput kenalan rapat dan juga ahli keluarga terdekat sahaja.

Sumber Instagram

MENDAPAT TAJAAN PENUH UNTUK MAJLIS PERSANDINGAN INI

Zamani meluahkan rasa syukur di atas majlis persandingan ini. Ternyata dia tidak menyangka bahawa impiannya untuk berada di atas pelaminditerjemahkan menjadi kenyataan. Difahamkan majlis berkenaan mendapat tajaan penuh dari Wedding Studio.

Dapat dilihat kegembiraan yang terpancar diraut wajah Zamani dan isteri ketika diarak ke atas persandingan. Memang dah jadi impian semua orang untuk hidup bahagia dengan pasangan, tambahan pula diarak oleh orang ramai.

Sumber Instagram

DAH LAMA PEMINAT INGIN LIHAT ZAMANI BERSANDING

Majlis tersebut diraikan dengan penuh meriah oleh sanak saudara dan juga rakan artis. Kelihatan Mawi turut bersama berada dalam majlis tersebut. Sudah pasti berita gembira ini turut dirasai oleh peminat Zamani yang sudah lama ingin melihat penyanyi ini bersanding.

Sumber Instagram

Tahniah penulis ucapkan buat Zamani dan juga isteri. Semoga perkahwinan ini memberikan seribu satu erti dalam kehidupan mempelai. Sama-sama juga kita mendoakan agar mereka dikurniakan zuriat yang baik dalam melengkapkan lagi rumah tangga yang dibina.

Kredit: Instagram zimeproduction

Kongsi artikel ini: