Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Naluri ibu takkan tenang! Elly Mazlein kongsi kisah hari pertama hantar puterinya ke sekolah

Musim persekolahan sudah pun membuka tirainya bagi sesi 2020. Buka je media sosial sudah pasti timeline dipenuhi dengan perkongsian ibu bapa yang behadapan dengan kerenah si kecil sewaktu hari pertama persekolahan.

Biasalah bagi kanak-kanak yang tidak pernah berhadapan dengan situasi persekolahan, sudah pasti ianya suatu cabaran buat mereka dalam bertemu orang baru di tempat yang baru. Jadi mereka memerlukan tempoh masa untuk selesa dengan keadaan tersebut.

Sumber Instagram

Tidak melepaskan peluang, pelakon yang semakin popular menerusi drama Kampung People iaitu Elly Mazlein atau panggilan manjanya Kak Lina Pom Pom berkongsikan kisahnya menghantar anak di hari pertama sesi persekolahan.

KAK LINA KONGSI MOMEN HARI PERTAMA ANAK KE SEKOLAH

Jelas Kak Lina, anaknya Putri Sara Sefhia tidak mengalami masalah sepanjang hari pertama di sekolahnya. Cuma simptom ibu bapa yang terlebih risau keadaan anak menghantui Kak Lina sendiri. Ianya dikongsikan menerusi laman Instagram aktres cantik berkenaan.

“Alhamdulillah.. Putri Sara Sefhia 1st day of school tajuk Album hari khamis ni. Papa Mama love u Manja.”

“Tp mlm ni pkl 9mlm ada #kampungpeople tau Episode 11.. Hanya di #Tv3 agitchuuuuuu .. tetap selit ek.” Tulis Kak Lina sambil berseloroh mempromosikan drama lakonan mantapnya.

Sumber Instagram

INTAI ANAK DARI LUAR TINGKAP

Dah jadi lumrah ibu dan bapa akan ada perasaan risau keadaan anak. Itu lah yang turut dialami Kak Lina yang mana turut berasa perasaan tersebut dan menemani anaknya menerusi luar tingkap. Mana lah tahu Putri Sara Sefhia tiba-tiba menangis bila tengok ibunya hilang.

“Tajuk Album, ngintai manja dari tirai pintu berkaca bulat.. Kepompom turut Serta ngintai session.” Ujar Kak Lina lagi.

Sumber Instagram

Secara tidak langsung perkongsian Kak Lina Pom Pom mini berjaya menarik perhatian pengikutnya. Rata-rata mengucapkan tahniah dan semoga berjaya buat Putri Sara Sefhia dalam mengharungi zaman persekolahan ini.

Antara reaksi netizen

Itu lah kasih sayang seorang ibu. Perasaan takut sering menyelubungi mereka di kala anak berada dalam keseorangan. Namun, ini lah detik yang mana anak mula mengenal erti kehidupan dan selangkah kealam yang baru.

Sumber: Instagram Elly Mazlein

Kongsi artikel ini: