Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Mungkin tahun ini! Jawapan status kahwin yang sama Mira Filzah dan Caprice buat peminat tak keruan

Banyak juga kejutan yang kita terima sempena tahun baru daripada selebriti tanah air tak kira baik atau buruk akan tetapi ada sesuatu yang membuatkan warganet berasa geli hati dan berharap agar menjadi suatu kenyataan di tahun 2020 ini.

Nama Mira Filzah tak asing lagi di industri seni negara oleh bakat dan raut wajah yang lemah lembut itu, namun begitu dikebelakangan ini banyak kontroversi menimpa dirinya dan juga penyanyi rap, Caprice dan menjadi tanda tanya.

Sumber Instagram

BACA : [Video] Mental koyak! akhirnya Mira Filzah terima LAMARAN Caprice, buat hati netizen rabak

PASANGAN YANG SANGAT SERASI

Terdahulu melalui gandingan di dalam muzik video Baby Sayang ramai peminat yang sukakan gabungan mereka berdua kerana nampak begitu serasi dan sangat tidak kekok bersama.

Sumber Instagram

Gabungan sekejap itu telah mendapat restu daripada kedua belah peminat dan menjadi topik panas apabila mereka sering kali dikaitkan bersama, namun tidak pernah seorang pun memberikan kesahihan ataupun pengakuan.

“INSYAALLAH KAHWIN TAHUN INI”

Pada tahun baru ini, Caprice dan Mira Filzah telah diganding bersama ketika rancangan anjuran TV3 iaitu Wanita Hari Ini. Mereka berdua telah menjadi tetamu jemputan pada program sejam itu.

Kehadiran mereka berdua sangat menjadi perhatian, ditambah pula dengan perkongsian video rentetan daripada rancangan itu di akaun rasmi Caprice di Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

Tahun ni kita berjihad x 300000 lepas tu baru naik pelamin x 1 ❤

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on

Di dalam singkatan video itu ada persoalan yang menjadi tanda tanya kepada semua mengenai status apabila jawapan yang sama telah dijawab oleh dua artis itu apabila di tanya oleh hos pada rancangan tersebut.

“ Tahun ini InsyaAllah, tak siapa tahu. Benda itu diluar perancangan kita”- Mira Filzah

Sumber Instagram

Mira Filzah dan Caprice nampaknya mempunyai jawapan yang sama apabila ditanyakan mengenai perancangan untuk mendirikan rumah tangga dan hal itu sangat mendapat perhatian warganet.

Sumber : Instagram Caprice

Kongsi artikel ini: