Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Mengejutkan ramai pihak! Ikuti penjelasan Dr. Maszlee Malik punca perletakan jawatan Menteri Pendidikan

Dr. Maszlee Malik merupakan Menteri Pendidikan Malaysia dan juga ahli Parlimen Simpang Renggam. Mengenali personaliti Dr. Maszlee, dia dilahirkan pada 15 Julai 1974 dan mempunyai darah Cina Hakka di sebelah ibunya.

Dalam bidang pendidikan, beliau menamatkan ijazah kedoktoran dalam Sains Politik dari Universiti Durham dan pernah mengajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Mempunyai latar belakang yang luar biasa menjadikannya antara salah seorang kepercayaan Tun Mahathir dalam membangunkan pendidikan negara.

DR. MASZLEE SAH LETAK JAWATAN

Walau bagaimanapun, baru sehari sesi persekolohan bermula, terima pula berita kurang baik dari Dr. Maszlee ini. Menurut laporan, dia telah pun menghantar surat perletakkan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan kepada Perdana Menteri pada tengah hari tadi.

Sudah pasti dengan perletakkan jawatan ini mengejutkan semua orang dan menjadi tanda tanya rakyat Malaysia. Selama 20 bulan Dr. Maszlee memegang jawatan tersebut dia berasa bertanggungjawab untuk mengundurkan diri.

PENGUMUMAN DIBUAT MENERUSI SIDANG MEDIA

Memandangkan KPM sering diperhatikan dan diadili oleh orang luar sekali gus menjadikan isu-isu tidak sepatutnya menjadi lebih besar. Pada jam 4:20 petang tadi berlangsungnya sidang media terhadap kesahihan berita ini.

Dr. Maszlee dalam sidang media menyatakan antara sebab punca pengundurannya dari barisan cabinet negara bermula esok, 3 Januari 2020. Berikut adalah kenyataannya:

BANYAK PERANCANGAN KPM DEMI MASA DEPAN PELAJAR

Sepanjang Dr. Maszlee memegang jawatan tersebut, telah banyak pembaharuan yang di bawa kedalam sistem pendidikan negara. Malah dia dilihat sempat menyatakan perancangan masa depan yang telah diaturkan pihak KPM bagi masa depan pelajar.

Tidak melepaskan peluang, Dr. Maszlee mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Tun Mahathir kerana meletakkan kepercayaan yang tinggi kepadanya sepanjang mengurus tadbir pendidikan negara selama tempoh 20 bulan ini.

Diharapkan pengganti yang bakal menggalas tugasan KPM kelak dapat meneruskan perjalanan pendidikan dengan lebih baik lagi.

Sumber: Berita Harian

Kongsi artikel ini: