Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Impian 2020 tercapai! Kejayaan besar yang dikecapi Izara Aishah dan suami buat netizen kagum

Nama Izara Aishah bukan asing lagi dalam dunia hiburan dengan bakat dan juga rupa paras yang begiru jelita, tambahan pula dia merupakan menantu kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

WAWASAN 2020 TERCAPAI

Menurut laporan yang telah dibuat oleh Berita Harian, pelakon Izara Aishah telah memberitahu bahawa azam 2020 buat dirinya telahpun tercapai dan merupakan satu pencapaian yang dinantikan buat dia dan keluarganya.

Sumber Instagram

Izara Aishah yang telah diijabkabul dengan Adib Khalid pada November 2017 memberitahu umum bahawa dirinya kini sedang berbadan dua.

“Impian saya dan suami ingin menimang cahaya mata pada tahun, 2020 kerana kami berdua sibukdengan kerjaya masing masing.”

Jelasnya lagi, impian tahun 2020 bagi nya sudah pun tercapai apabila dirinya kini hamil 6 bulan. Dia dan suami amat menunggu saat bagi memberitahu hal ini kepada umum kerana baginya ia merupakan satu berita yang ditunggu dan sangat baik untuk dikongsi.

DITUDUH MANDUL

Tambahnya lagi, persoalan mengenai kehamilannya sememangnya sering kali diajukan oleh media dan juga peminat tidak kira masa namun dia hanya mampu mengaminkan segala doa dan juga cemuhan daripada warganet semua.

Sumber Instagram

Izara memberitahu bahawa dirinya tidak sabar ingin memberitahu berita kehamilan ini tetapi sanggup menunggu selama enam bulan bagi memastikan anak dalam kandungan sihat dan juga dirinya bersedia.

Terdahulu, Izara pernah dituduh oleh warganet sebagai wanita yang mandul kerana sudah beberapa tahun berkahwin namun masih belum mendapat cahaya mata. Namun begitu dia begitu sabra dengan hinaan itu dan menganggap itu hanya sebagai gurauan untuk dirinya yang bergelar selebriti.

SANGAT BERAHSIA HAL PERIBADI

Jelas Izara lagi, selama menjadi selebriti sejak zaman Dewi Remaja lagi, dia merupakan seorang yang sangat berahsia akan hal peribadi dirinya dan tidak suka berkongsi hal terlalu peribadi kepada umum untuk dijadikan sesuatu bahan.

Sumber Instagram

Baginya, biarlah dia dan keluarga sahaja yang mengetahui perkara tersebut dahulu. Tambahnya lagi, anak dan dirinya dalam keadaan sihat walafiat dan dia tidak mempunyai apa apa alahan yang menyebabkan dirinya begitu aktif dengan aktiviti kerjaya dirinya.

Tahniah diucapkan kepada Izara dan suami sempena pemcapaian tahun baru 2020 yang telah pun tercapai. Semoga anak dan juga ibu dalam keadaan sihat dan kami tidak sabra untuk menerima berita gembira kelahiran sikecil.

Kredit : Berita Harian

Kongsi artikel ini: