Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Sempena hari pertama bagi tahun 2020 ini banyak betul azam tahun baru yang muncul di media sosial tidak kira selebriti mahupun warganet itu sendiri. Begitu juga dengan rancangan hiburan yang begitu popular, MeleTop.
Pada hari terakhir tahun 2019 yang jatuh pada hari Selasa merupakan siaran langsung terakhir rancangan meleTop bersama host dengan selebriti terkenal, Neelofa bersiar selama satu jam.
Terdahulu, Neelofa telah mengumumkan hal pengunduran dirinya daripada rancangan MeleTop dan membuatkan semua terkejut termasuklah pasangan gandingan serasinya, Nabil Ahmad.
BACA : Buat netizen tergamam! Neelofa buat pengumuman mengejut keadaannya bersama MeleTop
Banyak kejutan pada siaran yang telah berlangsung selama satu jam itu membuatkan netizen berasa geli hati dan bercampur sedih bagi memberi laluan kepada selebriti kesayangan Neelofa untuk tidak lagi bersama MeleTop untuk tahun baru ini.
SEJAM MENGENAI BERITA PERIBADI NEELOFA
Siaran selama sejam itu boleh dikatakan hanya satu kontribusi bagi Neelofa dan kisah hidupnya termasuk hal peribadi. Pada rancangan satu jam itu juga didatangi oleh orang tersayang yang memberikan Neelofa semangat.
Kelihatan kehadiran ibu, nenek dan juga kakaknya, Noor Nabila memberi satu kejutan buat Neelofa dan kelihatan sangat gembira mengalukan kehadiran mereka.
Dalam pada itu, banyak hal peribadi Neelofa yang telah terungkai oleh pasangan gandingan pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad yang sudah bersiaran bersama selama 8 tahun itu.
TEMAN TAPI MESRA MEMBERIKAN KEJUTAN BESAR
Namun begitu, kehadiran “Teman Tapi Mesra” Neelofa pada suatu ketika dulu di segmen sejam MeleTop itu talah mencuri perhatian warganet.
Datuk Hans Isaac kelihatan begitu sempoi menghadiri rancangan itu sambil memberikan kata kata semangat kepada Neelofa bagi meneruskan kehidupan kerjaya sebagai anak seni selepas ini.
Dalam masa yang sama, Hans Isaac juga banyak bercakap mengenai perjalan seni Neelofa sejak dia bergelar Juara Dewi Remaja sehingga kini yang sememangnya penuh warna dan duka.
HANS ISAAC BUAT NEELOFA SEBAK
Seterusnya, pelakon kacak itu juga telah membuatkan Neelofa sedikit sebak dengan kata kata semangat yang diberikan kepada dirinya itu. Hal itu mungkin mereka telah menjalani perjalanan sebagai anak seni bersama sama sehingga ke hari ini.
View this post on Instagram
Ucapan Hans Isaac untuk Neelofa 🥰 Awwww. #MeleTOP #ThankYouLofa #TanyaLofa
Di akhir rancangan, Neelofa juga memberikan ucapan kepada peminatnya dan juga rancangan meleTop sebelum beredar keluar dan momen itu merupakan satu yang sangat menyentuh perasaan apabila Neelofa kelihatan begitu sebak melangkah kaki.
Namun begitu, pengganti Neelofa di rancangan MeleTop juga masih lagi menjadi tanda tanya dan belum ada yang mengetahuinya.