Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Datin Ungku Almy Nadia binti Ungku Aminuddin Shah atau nama popularnya Almy Nadia adalah isteri kepada Dato’ Fizz Fairuz. Dalam mengenali aktres ini, Almy Nadia dilahirkan di Tapah, Perak pada 27 April 1986 namun dibesarkan di Balik Pulau, Pulau Pinang.
Mula memasuki kerjaya lakonan menerusi Dewi Remaja 2005/2006 dan sejak dari itu lah namanya mula dikejar ramai pengarah untuk membintangi drama dan juga filem. Antaranya adalah Nana Tanjung, Janji Kekasih, Dunia Baru The Movie dan banyak lagi.
BAKAL TERIMA BABY BARU, HADIAH UNTUK 2020
Menjengah kehidupan peribadi Almy Nadia dan Fizz Fairuz, mereka dilihat sangat bahagia apabila masing-masing dilihat sering memuat naik perkembagan semasa mereka kepada peminat melalui media sosial.
BACA: Tak guna ada pangkat! Almy Nadia dedahkan tiada makna suaminya, Fizz Fairuz menang anugerah
Dalam perkembangan terbaru, suaminya Fizz Fairuz berkongsikan berita gembira kepada peminat dalam menyambut tahun baru 2020. Menurutnya, mereka bakal menimang cahaya mata keempat pada tahun ini.
Berita baik ini dikongsikan menerusi Instagram yang mana Fizz Fairuz dilihat sangat gembira apabila isterinya disahkan sedang hamil Sembilan minggu sambil berkongsikan gambar keputusan imej imbasan kehamilan.
TIADA PILIH KASIH, BESARKAN ANAK SAMA RATA
Jelasnya, dalam menyambut ahli baru dalam keluarga, tiada langsung perasaan pilih kasih dalam membesarkan anak-anak. Semuanya dibesarkan dengan kasih sayang yang sama rata. Dalam pada itu, aktor ini turut meminta peminat mendoakan yang baik-baik buat mereka sekeluarga.
“Hadiah new year.. Hehehe penutup 2019..Aamin rezeki Allah.. Kasih sayang utk anak2 tetap sama, takde setitik pun kurang.. Amin.. #babynewyear2020 doa yg baik2 ok..” Kongsi Fizz Fairuz kepada peminat.
Rata-rata peminat mereka mengucapkan tahniah di atas perkhabaran baik ini. Mereka turut mendoakan agar kesihatan Almy Nadia berada dalam keadaan baik sahaja sepanjang proses kehamilan ini dan dipermudahkan urusan untuk melahirkan baby kelak.
Tahniah penulis ucapkan kepada Dato’ Fizz Fairuz dan isteri. Diharapkan dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga menambahkan keceriaan dalam keluarga kecil mereka dan dimurahkan rezeki buat Fizz Fairuz dan Almy Nadia juga.
Sumber: Instagram Fizz Fairuz