Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Dah lupakan imej lama! Mula dengan watak bertudung, kini Zila Bakarin dah selesa berhijrah

Dilahirkan pada 7 Mac 1975 di Kedah, Rosmawati binti Bakarin atau nama terkenalnya Zila Bakarin antara artis senior yang masih lagi bergiat aktif dalam bidang lakonan. Mengimbau kembali kegiatan seninya, Zila memulakan kerjaya lakonan melalui telefilem Biduk Kasih pada tahun 1996.

DULU TERKENAL DENGAN IMEJ SEKSI

Dan sepanjang karier lakonannya itu, Zila sering dilihat sebagai aktres stereotaip dan sangat menjaga penampilan diri. Tak terlepas dari itu, pada tahun 2008, isteri kepada jurukamera Azri Izhar ini pernah mengakui membuat suntikan pada dagu dan mulut.

Sumber Instagram

Jelasnya, ia untuk nampak sentiasa cantik di hadapan umum. Turut dikenali dengan imej seksi sehingga kan Zila sering menjadi bualan ramai. Namun, bagi Zila tampil positif dengan segala tomahan yang dilemparkan.

DAH BERHIJRAH, MENGENAKAN TUDUNG

Benar lah hidayah itu adalah rahsia Tuhan. Kita tidak akan tahu pengakhiran mahupun perubahan seseorang itu. Keadaan terbaru Zila Bakarin ini dilihat telah pun berubah dan mula untuk berhijab. Perkara ini mendapat perhatian hasil intipan umum di instagram milik Zila sendiri.

Sumber Instagram

Penulis difahamkan, pelakon ini mula mengenakan tudung sejak awal bulan November lepas lagi. Bukan sekadar di set lakonan semata-mata, Zila turut dilihat selesa sentiasa dengan imej barunya ini. Hampir keseluruhan gambar terbarunya di IG sudahpun bertudung.

Di mata penulis, tidak dinafikan imej ini membuatkan Zila Bakarin tampak lebih cantik dan ayu. Benar lah, definisi cantik itu bukan terletak pada seksi semata-mata. Bila individu itu pandai memperagakan penampilan sudah pasti kecantikan turut terserlah.

Sumber Instagram

REAKSI PEMINAT, TERKEJUT DAN MENYOKONG ZILA

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut IG Zila mula-mula terkejut dengan penampilan berhijabnya ini. Namun mereka sangat menyokong perubahan positif yang dibawa oleh Zila. Mereka turut mendoakan agar pilihan bertudung bukan atas dasar fesyen semata-mata.

Sumber Instagram

Sama-sama kita doakan agar Zila Bakarin terus istiqamah dalam pemilihan berhijab ini. Tiada siapa yang mampu mengubah melainkan diri kita sendiri. Tahniah penulis ucapkan kepada Zila dengan berita baik ini. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dalam kerjaya seninya.

Sumber: Instagram Zila Bakarin

Kongsi artikel ini: