Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tak nampak beza pun! Neelofa payung video bersama sepupu berjaya tarik perhatian peminat

Noor Neelofa binti Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Neelofa merupakan salah seorang selebriti yang sangat berjaya. Bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan dan juga pengacaraan, Neelofa layak digelar sebagai usahawan muda yang sangat berpengaruh.

Menguasai dunia “terkenal” sebagai selebriti menjadikan ianya platform terbaik buat artis jelita kelahiran Pasir Mas ini untuk memasarkan segala produk di bawah penyeliaannya seperti produk kesihatan, kecantikan dan banyak lagi.

Sumber Instagram

PENGARUH DI INSTAGRAM SANGAT KUAT

Bukan itu sahaja, pengaruh Neelofa boleh dikatakan agak besar apabila dia antara artis Malaysia yang mempunyai pengikut paling ramai di intagram iaitu hampir 6.7 juta. Ini menunjukkan dia antara paling diminati dan juga menjadi perhatian ramai buat masa sekarang.

Sumber Instagram

Beberapa jam lepas, Neelofa sekali lagi menjadi perhatian peminat apabila memuat naik satu video sedang photoshoot. Apa yang menariknya, selebriti berusia 30 tahun ini bergambar bersama-sama dengan sepupu bagi sesi pengambaran raya.

“Family affairs sometimes involves shooting a @zaloramy Raya campaign with my cousins!” Tulis ringkas Neelofa.

 

View this post on Instagram

 

Family affairs sometimes involves shooting a @zaloramy Raya campaign with my cousins! #letsrecap2019

A post shared by Neelofa (@neelofa) on

SEPUPU DAH MACAM ADIK BERADIK

Di ruangan komen, ramai peminat memuji kecantikan yang dimiliki oleh keluarga Neelofa ini. Kalau tak umumkan sebagai sepupu, sudah pasti ramai yang menyangka mereka adalah adik beradik. Rupa paras dah seiras la katakan.

Sumber Instagram

Sekali gus perkongsian Neelofa ini mencapai lebih daripada 70 ribu tanda suka dari pengguna IG dalam tempoh beberapa jam video berkenaan dimuat naik.

Di mata penulis, nampak bahagia pula keakraban Neelofa dan sepupu-sepupunya itu. Semoga boleh dijadikan contoh yang baik buat kita semua.

Sumber: Instagram Neelofa

Kongsi artikel ini: