Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Awal November lepas penulis ada kongsikan kisah cinta selebriti bernama Nurul Jannah binti Muner ini atau nama terkenalnya Janna Nick. Janna sebelum ini sering dikaitkan dengan ramai aktor kacak. Namun akhirnya persoalan peminat terjawab setelah mengumumkan hangat bercinta dengan Dini.
Memilih jejaka kacukan sebagai pasangan kekasih. Jelas Janna, Dini Azan Schatzmann ini sangat lah lemah lembut dan menghormati dirinya sebagai perempuan. Mana tidaknya, seperti yang kita kenal Janna boleh dikatakan berpesonaliti kasar atau sedikit boyish.
DINI PUNCA JANNA MAKIN BERUBAH
Sejak dilamun cinta dengan Dini Azan ini, Janna dapat dilihat semakin berubah berbanding dahulu. Maklum lah dulunya hidup keseorangan dan tak perlu nak jaga hati sesiapa. Bila dah bercinta ni kena lah ada komitmen untuk menjaga hati masing-masing.
Di instagram Janna pun kita dapat dilihat posting-posting manis bersemut antara mereka berdua ini. Bagai dunia hanya milik mereka berdua, Janna memberitahu umum yang Dini membawa perubahan sangat besar dalam dirinya.
MY BESTFRIEND, MY SOULMATE TO MANY MORE “I LOVE YOU”
“Thanks 2019! Tahun yang paling banyak ubah aku. Yes I’ve changed a lot! Sekasar-kasar, sejantan-jantan perempuan dah more feminine, manja teruk. Tapi dengan @dinischatzmann je lah. Dengan orang lain aku masih jantan ( GELAK MASIH KUAT).”
“Dia lah orang yang paling banyak tolerate, paling banyak sabar, paling lembut… Paling positive. DAN Yang paling “baby”.”
“Untuk lelaki kat luar sana. Jangan ingat perempuan kasar Tu x reti respect partner. Kalau lembut layanan korang, maka lembut la dia. Tag GF/Wife yang dulu kasar/tomboy sekarang dah lembut.”
“Untuk yang nampak perubahan saya, Dan mungkin ada yang tak suka..bagi saya masa dan ruang untuk diri saya.” Tulis manja Janna.
PEMINAT PULAK YANG TERSENYUM
Secara tidak langsung posting berkenaan menerima pelbagai reaksi dari peminat sehinggakan ada yang tersenyum melihat video kemanisan pasangan dilamun cinta ini. Ramai yang mengharapkan pasangan ini tidak terlalu lama bercinta dan cepat-cepat naik pelamin.
Bila dah sayang semua nya indah. Cuma nak kekalkan rasa sayang tu je yang susah. Sama-sama kita doakan agar pasangan ini berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Jangan rasa sayang tu macam hangat-hangat taik ayam je!
Sumber: Instagram Janna Nick