Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Lirik mengigau malam! Sekali Pak Kodi nyanyi dalam JKK, sampai tersembur air liur netizen ketawa

Zahid bin Tajuddin mencipta fenomena tersendiri apabila lawaknya semakin diminati oleh para penonton sejak dia mula muncul kembali di program Maharaja Lawak. Nama pentas Ropie Cecupak pernah jatuh sebelum ini kerana masalah peribadi.

Ketika bersama Cecupak

Kemudiannya rezekinya semakin mencurah-curah dan kini ligat berlakon dalam sitcom Jenaka Kampung Kalut yang disiarkan di TV3. Memegang watak sebagai Pak Kodi dalam sitcom berkenaan dilihat tampil lain dari yang lain.

PERKAHWINAN PAK DIN TAK DIRESTUI ORANG KAMPUNG

Jenaka yang tak terfikir dek akal boleh muncul secara spontan kerana sikap nakal Pak Kodi ini. Dan dalam episod ke 13, yang berjudul “Pak Din Nak Kahwin” sekali lagi menarik perhatian peminat rancangan tersebut.

Dalam episod ini, Pak Din yang dilakonkan oleh Ebby Yus hangat bercinta dengan Wangi, watak dipegang Zizi Kirana. Dah lama bercinta, mereka berdua akhirnya membuat keputusan untuk berkahwin sekali gus tidak direstui oleh orang penduduk kampung.

LIRIK TAK SESUAI TONTONAN UMUM, TAK DITAYANGKAN DI TV

Yang tak tahannya, sewaktu kedua mereka bersanding boleh pula Pak Kodi spontan menyanyi sebuah lagu yang mana liriknya membuatkan keseluruhan set riuh rendah tak tahan ketawa. Namun, scene itu tidak disiarkan di dalam TV.

Ini berikutan liriknya boleh dikatakan sedikit kasar sebagai tontonan umum. Mana tidaknya, daripada lirik “selamat pengantin baru” diubahnya kepada “lahnat pengantin baru”. Sesetengah penonton, mungkin ianya agak kasar.

Tetapi dilihat pada wajah si Pak Kodi ni, nescaya rasa kasar tu boleh dibuang jauh-jauh. Huru hara dapat pelakon macam ni. Sekali gus scene ini dikongsikan ramai pengguna media sosial. Tidak ketinggalan rakan artis sendiri iaitu Azhan Rani.

KREDIT VIDEO:

TAK PUAS TONTON, ULANG BANYAK KALI

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat memberikan respon thumb up kepada pelawak otai ini. Tonton sahaja mana-mana lakonannya sudah pasti ianya tidak mengecewakan. Penulis sendiri berair mata mendengar lagu versi Pak Kodi ini.

Rasanya Pak Kodi cemburu dengan Pak Din kot sebab dapat kahwin dengan awek muda. Dapat pulak Zizi Kirana, memang confirm remuk habis hati tu. Apa pun itu hanya lah jenaka persembahan sahaja dan bukan lah babak serius.

Sumber: Instagram SelebritiOnline

Kongsi artikel ini: