Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Namanya boleh dikatakan legend dalam dunia muzik rap. Johan bin Ishak atau nama komersilnya Joe Flizzow dilahirkan pada 16 Oktober 1979 di Johor Bahru. Joe dahulunya ahli kumpulan Too Phat dan kemudiannya mengambil keputusan membawa haluan masing-masing pada tahun 2007.
Keputusan ini sedikit sebanyak membuatkan peminat mereka berasa kecewa kerana pada ketika itu duo hip hop ini berada di puncak kegemilangan mereka.
BANYAK TERIMA ANUGERAH SEJAK BERGERAK SOLO
Semenjak bergerak solo, pelbagai anugerah telah dikecapi oleh Joe ini. Antaranya Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Industri Muzik. Tidak mengfokuskan kerjaya nyanyian semata-mata, Joe turut menceburi bidang perniagaan.
Joe’s Barber dan Joe’s Kitchen merupakan dua perusahan yang dikentengahkan penyanyi rap ini dalam memikat hati peminatnya.
Dah lama kita tak dengar kisah kehidupan Joe ini. Ramai peminat mula bertanyakan soal peribadi dan bila Joe akan menamatkan zaman bujangnya. Di usia 40 tahun, rasanya dah sangat sesuai buat penyanyi ini mencari pasangan untuk jaga pakaian dan makan minumnya.
DALAM DIAM JOE DAH BERTUNANG
Dalam diam-diam Joe telah pun mengejutkan para peminat apabila hari ini dikhabarkan dia telah pun mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihan yang bernama Marini Ramlam.
Difahamkan tunangan Joe ini merupakan seorang pelukis professional. Tidak pula dijelaskan secara terperinci tarikh dan waktu untuk majlis pernikahan mereka. Apa pun, terjawab lah persoalan peminat perihal kisah peribadi Joe Flizzow.
Berita baik ini disampaikan menerusi instagram official hlive sebentar tadi. Dan menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat sangat gembira dengan keputusan Joe untuk selangkah ke alam yang baru.
PEMINAT RASA GEMBIRA, TAK PUTUS-PUTUS UCAP TAHNIAH
Mereka tidak putus-putus mengucapkan tahniah buat penyanyi ini dan mendoakan agar hubungan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin.
Sama-sama kita nantikan pengumuman dari Joe sendiri dan jangan lupa titipkan doakan agar urusan Joe dan Nini dipermudahkan dalam melayari dugaan sewaktu pertunangan.
Kredit: Instagram officialhlive