Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Detik cemas didatangi polis 5 pagi! Wanita ini cerita kisah sebenar, cuit hati netizen disebalik laporan diterima polis

Tugas seorang anggota polis bukan lah senang seperti mana kita fikirkan. Mereka terpaksa berkorban banyak masa dan tenaga dalam memastikan keselamatan awam dari berlakunya kacau bilau.

Mereka perlu bersiap siaga 24 jam dalam menerima laporan kecemasan seperti mana kisah yang ingin penulis kongsikan ini. Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagi Nini Ruspawan menceritakan semula kisah cemas 9 tahun yang lalu dikunjungi oleh pihak polis ke rumahnya.

Kejadian berlaku awal pagi iaitu 5 pagi di mana dia dan keluarga sedang lena tidur. Yang menyayat hati pengakhiran cerita sebenar membuatkan pihak polis sendiri ketawa terbahak-bahak. Berikut perkongsian asal Nini:

Sumber Facebook

ADA ORANG KETUK PINTU RUMAH 5 PAGI SIAP PANJAT PAGAR

Subuh subuh hari tadi, lebih kurang jam 5am, ada org datang rumah aku. Ketuk pintu punya la kuat. Kami pulak tengah tidur kat atas. Hujan tengah lebat sangat, jadi memang tak berapa nak dengar orang panggil dan ketuk pintu. Bunyi hujan tu bising kan.

Sudahnya, orang tu siap panjat pagar nak ketuk sliding door. Aduhaiii. Aku tak sedar sangat, mamai je. Duk fikir, aku mimpi kut. Mujurlah hari tu suami aku ada kat rumah. Ye la, kami baru pindah masuk rumah tu kan.

INGATKAN MIMPI, POLIS SAMPAI NAIK KE BILIK

Bila dengar ketukan kat sliding door, dia la yang turun. Tiba-tiba, aku terdengar suara orang lelaki bercakap-cakap. Then ternampak 3 orang lelaki berpakaian seragam polis naik ke atas sampai ke bilik.

Ahhh sudah, mimpi ke betul ni..? Jantung aku laju, tapi masih dalam keadaan separa sedar. Letih sangat, Hani asyik meragam. Aku tak pasti apa yang dibincangkan dengan suami aku. Dengar suara bercakap-cakap, tapi tak jelas. Aku dalam bilik, tidur dengan Hani. Pintu mestilah tertutup kan.

Risau jugak waktu tu. Jam 5am polis datang rumah, siap masuk dan ke tingkat atas terus. Ada apa hal sebenarnya?

SUAMI CERITA KISAH DIDATANGI PIHAK POLIS SEBAB JIRAN BUAT REPORT

Tapi disebabkan keletihan dan mengantuk yang teramat, aku terlena balik. Dan terus menganggap yang semua tu hanya mimpi je. Esok paginya, waktu aku turun ke bawah nak siapkan sarapan Hani, suami aku bukak cerita. Aku terus sedar yang semalam tu bukan mimpi. Al kisahnya…

Rupanya sebelum hujan lebat tu, jiran belakang rumah aku call polis. Katanya ada orang bnuh diri kat rumah aku. Ada orang gntung diri kat bilik belakang tu. Bilik belakang adalah bilik aku menjahit. Dengar je cerita tu, aku pun ORANG GNTUNG DIRI??!!

JIRAN SALAH FAHAM, RUPANYA ANAK PATUNG

Kecut perut waktu tu. Rasa nak tercabut jantung dengar. Tapi suami aku boleh pulak dia ketawa. Rasa nak bagi pelempang je masa tu hahaha. Rupa-rupanya.

Jiran aku nampak manequen aku ni. Jarak rumah aku dengan rumah belakang, memang dekat. Aku pulak baru pindah, tingkap takde langsir. Sliding window, bila malam, lampu pasang, nampak samar-samar ke dalam rumah.

Manequen aku ni, ada sambungan kepala yang aku buat sendiri. Asalnya takde kepala. Tapi aku tambahkan kepala tu sebab aku jual tudung. Duk snap gambar la. Kepala tu pun aku gam pakai glue gun je.

Miniquen milik Puan Nini

Tak cukup kuat lekatnya. Masa proses mengangkut barang nak pindah, terpele’ot la kepala tu, jadi macam dalam gambar la. Dah tu, manequen aku tinggi.

ANAK PULA MERAGAM, LAGI GAMITKAN SUASANA

Dari rumah jiran, dalam samar-samar cahaya yang tembus masuk ke bilik aku, dia nampak manequen dengan kepala terpele’ot ni dalam bentuk silhouette je. So dia assume, itu adalah orang gntung diri.

Elok pulak sebelum tu si Hani menangis tak henti-henti. Sampai jam 3 pagi taknak tidur, meragam je. Suara dia dah la nyaring. Mungkin jiran aku duk fikir yang Hani menangis sebab aku dah mti gntung diri, takde siapa yang nak attend Hani masa tu. Sebab tu dia call polis.

Polis pulak sampai kat rumah, masa hujan tengah lebat. Jadi memang la bila dia panggil tu kami tak dengar. Berlawan dengan suara hujan. Kata suami aku, polis sampai guna pembesar suara tau. Tu pun kami tak dengar.

JIRAN YANG PRIHATIN

Terpaksa pulak dorang panjat pagar masuk ke rumah. Baru la dapat ketuk sliding door tu. Aku punya gelak tak ingat dunia masa ni. Tapi bagus sangat jiran aku. Concern dia cukup tinggi. Jiran macam ni la yang kita patut jadi. Ambik berat, bukan menyibuk tau.

Dan polis tu pun cukup bagus buat kerja. Bila suami aku bukak pintu, dorang tanya dan suami aku jelaskan, dorang tetap nak naik atas dan periksa sendiri. Aku yang tidur pun sebenarnya dorang jenguk waktu tu sebab nak pastikan sah laporan yang diterima tu, tak berlaku.

In the end, dengan polis tu sekali gelak berjemaah. Satu kisah lucu yang ada banyak ibrah hehe.

Penulis sendiri pun tak boleh nak bayangkan kalau perkara seumpama ni terjadi. Cuak juga bila terima didatangi polis melibatkan hal-hal jenayah. Apa pun kredit perlu diberikan buat jiran Puan Nini kerana prihatin dengan jiran tetangga.

Tahniah buat pasukan polis kerana setiasa bersiap sedia berkhidmat tanpa mengira waktu.

Sumber: Facebook Nini Ruspawan

Kongsi artikel ini: