Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Dah lama solo! Ramai je wanita Mat Salih mendekati. Ikuti pengakuan Wak Doyok ini soal cinta

Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor sangat terkenal dengan di kalangan pencinta fesyen tanah air. Keunikan pada misai dan janggutnya membuatkan figura ini lain dari ikon fesyen yang lain.

WAK DOYOK PERNAH DIKAITKAN DENGAN BEKAS PERSONALITI TV3

Dilahirkan pada 22 November 1979 di Klang, Selangor, kini umur Wak Doyok telah pun menjangkau 40 tahun dan ramai mula bertanyakan soal pasangan hidup. Sebelum ini dikatakan Wak Doyok pernah mempunyai hubungan istimewa denga Azrinaz Mazhar Hakim.

Namun, jodoh mereka tidak panjang apabila hubungan terputus di tengah jalan gara-gara isu tiada persefahaman antara mereka berdua. Bagi Wak Doyok, biar pun semakin berusia, dia enggan gopoh dalam mencari pasangan hidup.

ADA JE WANITA MAT SALIH MENDEKATI

Akui Wak, ramai je wanita mat salih yang cuba mendekati dirinya. Namun dia masih dalam proses mencari yang sesuai. Buat masa sekarang, dia mengakui ingin fokuskan kepada urusan perniagaan terlebih dahulu.

Disapa soal wanita mat salih, jelasnya bukan mudah untuk berkahwin dengan berlainan budaya memandangkan agama kita ada batas. Lagi pun ibu nya lebih suka sekiranya digandingkan dengan wanita melayu.

WANITA  MELAYU PULA TAK SUKAKANNYA

Dalam pada itu, Wak akui yang ramai wanita melayu tidak sukakannya. Tambahan pula dia sendiri tidak bersungguh dalam mencari. Tetapi, kalau ada yang mendekati dia tidak menolak kalau ada titik persefahaman.

Ditanya berkaitan ciri-ciri wanita idaman, sudah pasti Wak inginkan personaliti yang cantik tetapi apa yang pasti wanita berkenaan perlu lah pandai memasak memandangkan Wak seorang yang jenis tidak suka makan di luar.

HARAP PASANGANNYA NANTI BUKAN KAKI MEDIA SOSIAL

Di samping itu, Wak berharap pasangannya kelak bukan dari seorang yang suka bermain laman sosial atau terkenal. Bagi penulis masuk akal juga, Wak seorang yang terkenal, dah kalau isteri pun melakukan perkara yang sama, mana ada masa nak uruskan rumah tangga kan.

Sehingga kini Wak hanya menyerahkan urusan jodoh kepada ibunya untuk tentukan. Bukan mudah bila dah terkenal ni sebab tak ramai pula yang berani masuk line. Semoga Wak Doyok dipertemukan dengan wanita pilihan yang baik-baik dan dipermudahkan segala urusan kelak.

Kongsi artikel ini: