Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Memang kalut jadinya! Penangan Ustaz Madi dalam JKK buat Ain Edruce kecut perut, cuit hati penonton

Sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK) yang bersiaran di TV3 antara rancangan paling diminati oleh penonton. Saban minggu pelbagai masalah yang dihadapi oleh penduduk Kampung Kalut, dan situasi ini lah yang menghuru harakan pelakon JKK.

Saban minggu, sitkom ini akan menjemput artis undangan yang berbeza selain dibintangi oleh pelakon utama iaitu Ebby Yus, Ropi, Issey Fazlisham, Shuk, dan Ain Edruce. Pada episod yang terbaru, sitkom tersebut telah menjemput Azhan Rani.

USTAZ MADI DALAM JKK

Membawakan watak sebagai Ustaz Madi sebagai penunggang agama mengamitkan lagi suasana pentas. Yang tak boleh dilupakan penonton apabila babak Ain Edruce dikejar Ustaz Madi yang tengah angau sekali gus buat penonton tak kering gusi.

Seperti mana yang kita tahu, Ain Edruce antara selebriti yang masuk air. Dalam sitkom ini kita dapat lihat dirinya yang sebenar dan cukup bersahaja berlakon. Babak dikejar Ustaz Madi itu sememangnya bersungguh-sungguh Ain lari seakan-akan seram dikejar.

AIN EDRUCE BETUL-BETUL KENA KEJAR DENGAN USTAZ MADI

Momen dikejar itu sekali gus mendapat perhatian di media sosial setelah ianya dikongsikan oleh salah seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Aminul Hakim. Ain Edruce sendiri turut memberikan respon terhadap pengguna Twitter berkenaan.

“Kau rasa nervous aku jumpe ustaz gatal cmni. SERAM SIOT. Lari dh x cover cun dh tu. Hahaha” Respon Ain terhadap babak kena kejar dengan Ustaz Madi.

Melihat kepada reaksi pengguna Twitter, ramai yang tak tahan melihat muka Ain yang benar-benar ketakutan dengan penunggang agama, yakni Ustaz Madi. Dua kali ulang scene yang sama semata-mata ingin melihat reaksi kesungguhan Ustaz Madi itu.

ISSEY DAN SHUK BOLEH PULAK BUAT TAK TAHU

Yang tak boleh tahannya, Issey dengan Shuk pun boleh buat tak tahu dan turut takut dengan aksi watak Ustaz Madi ini. Apa pun dalam berjenaka ada nilai moral yang ingin disampaikan iaitu dalam berjubah labuh, belum tentu baik isi hatinya.

Tahniah penulis ucapkan kepada para pelakon sitkom JKK ini kerana berjaya membuatkan penulis tak berhenti ketawa. Semoga pengajaran yang disampaikan lekat di hati penonton dan siasat dahulu latar belakang seseorang sebelum mempercayainya.

Sumber: Twitter Ain Edruce

Kongsi artikel ini: