Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Kekurangan diri, hanya miliki sebelah mata! Gadis ini rasa teruk, sedih hadap masyarakat sekeliling

Tak semua di antara kita memiliki kehidupan yang sempurna dan perlu anda sedar, masih ramai di luar sana yang hidup dalam serba kekurangan dan sedang berlawan untuk memenuhi kesempurnaan dalam hidup.

Sumber Twitter

Hidup dengan kekurangan diri tidak menjadikan gadis ini lemah malah memiliki semangat juang sangat tinggi. Dikenali sebagai Hikmah Razlan di laman Twitter, gadis ini memiliki kekurangan fizikal apabila mata sebelahnya tak dapat melihat.

Hikmah tampil menyedarkan orang ramai tentang kekurangan fizikal bukan lah sesuatu yang boleh dipandang rendah dan juga dibuat main. Ianya melibatkan emosi yang boleh memberi kesan jangka panjang kepada individu berkenaan.

TAK SEMUA MAMPU MELAWAN RASA RENDAH DIRI

“Bfr end of this year, i nak cakap congrats dekat diri sendiri ! you doing well hikmah to yourself. you usaha tahan semua sakit dan sedih you sabar then tada you deserve it ! tahun depan usaha lagi ok” Tulis Hikmah di Twitter.

Sumber Twitter

Hikmah memuat naik beberapa keping gambar sebagai motivasi kepada diri sendiri untuk lebih bangkit di tahun hadapan. Ianya bukan perkara yang mudah, dengan keadaan fizikalnya itu sedikit sebanyak mengganggu rasa yakin untuk tampil di hadapan umum.

Hikmah Razlan yang berumur 21 tahun kini menyambung pelajaran di Universiti teknologi MARA (UiTM) Kampus Jengka tidak menjadikan pandangan serong orang ramai ke atas dirinya sebagai suatu kelemahan.

SERING MUAT NAIK GAMBAR DI MEDIA SOSIAL UNTUK SENTIASA YAKIN

Dia tampil positif malah menjadi lebih kuat dengan sering memuat naik gambar di media sosial seperti orang normal yang lain. Walau bagaimanapun Hikmah tidak menjelaskan secara tepat mengenai punca kehilangan mata kirinya itu.

Sumber Twitter

Menjengah ke ruangan komennya, ramai netizen memberikan kata-kata semangat buat Hikmah untuk sentiasa kekal ceria. Bukan mudah untuk melawan perasaan rendah diri dan apa yang dilakukan oleh Hikmah ini sesuatu yang boleh dibanggakan.

Sumber Twitter

JANGAN JADIKAN KELEMAHAN FIZIKAL SEBAGAI BAHAN EJEKAN

Dalam pada itu, ada yang turut meninggalkan komen bahawa orang yang mempunyai fizikal yang sempurna belum tentu mampu melawan rasa rendah diri seperti gadis ini. Apa pun sentiasa kekal positif dalam setiap perkara yang kita lakukan.

Natijahnya, jadikan kisah Hikmah ini suatu pengajaran buat kita dalam mendalami perasaan golongan yang kurang upaya. Memiliki kekurangan diri sudah pasti membuatkan kita rasa sedih dan rendah diri, jadi jangan jadikan kelemahan mereka sebagai bahan ejekan ataupun gurauan.

Sumber: Twitter Hikmah Razlan

Kongsi artikel ini: