Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Gigi Siti Nordiana dijadikan bahan jenaka! Ini pula respon pedas Siti Sarah kepada netizen tiada insurans

Isu body shaming tidak perlu diperbahaskan lagi. Dah jadi trend masyarakat kita suka jadikan kelemahan fizikal orang lain sebagai bahan gurauan namun pada hakikatnya perkara sebegini memberi kesan mendalam terutamanya emosi seseorang itu.

Sumber Instagram

Bukan masyarakat biasa, malah selebriti juga tidak terkecuali dalam menjadi mangsa gurauan melampau ini. Sebelum ini kisah Jasmin Hamid dan anak angkatnya dan paling terbaru penyanyi terkenal iaitu Siti Nordiana yang diminta untuk betulkan keadaan gigi.

ISU BODY SHAMING MASIH LAGI BERLELUASA

Bagai tiada kesedaran dalam diri dengan kejadian-kejadian sebelum ini, sebagai rakan artis, Siti Sarah tampil meluahkan rasa hampa dengan sikap sebahagian dari masyarakat kita yang masih menjadikan fizikal seseorang itu sebagai alat untuk berjenaka.

Sumber Instagram

Isteri Shuib Sepahtu ini pernah berhadapan dengan perkara yang sama suatu ketika dahulu apabila ada pihak yang kurang senang dengan bentuk hidung yang dimilikinya. Perkara tersebut tidak terhenti di situ apabila dia terpaksa berhadapan isu ini hampir 30 tahun sehingga hari ini.

HIDUNG SITI SARAH MASIH DIJADIKAN BAHAN JENAKA

Isu body shaming Siti Nordiana ini mendapat perhatian Siti Sarah dan dia mula meluahkan rasa terbuku dengan pengalaman yang pernah dihadapi menerusi instagram beberapa jam yang lepas.

“Tadi tengah scroll ig, ternampak @sitinordiana bercakap pasal body shaming, di ig @mediahiburan ..n ada yg bercakp pasal berat badan dan gigi die.. sarah sebenarnya dari kecil sampai hari ni masih menghadapi masaalah yg sama yatitu org pandang jijik mengenai bentuk hidung saya..”

Sumber Instagram

“I dont know how to tell thm off!! jauh di sudut hati SAYA DAH TAK BOLEH HADAM bende ni sebab saya pun HADAP bende ni selama lebih dari 30 tahun . Over and over again saya dok denga bende yg sama pasal HIDUNG HIDUNG DAN HIDUNG.”

PERLU TUKAR HIDUNG BARU PUAS HATI?

“Nak say tuka hidung ke baru tak hina saya?? bagi tau dengan saya macam mana nak buat sebab … Allah bagi bagi saya hidung ni.. what should i do? Cry? Awak puas hati ke bila awak kutuk org? Kalau awak berada ditempat saya , mungkin sekarang awak dah ada dalm wad gila!!”

“FYI segala kutukkan awak pasal HIDUNG saya, satu keluarga saya baca suami dan anak2! Do u KNOW THAT ??? Org sekarang ni dah terlalu teruk bab2 mengutuk fizikal org.. Terlalu ramai org yg macam saya diluar sana menderita sebab kene kutuk dengan org yg macam ni.”

Sumber Instagram

“Korang je yg tak tau. Ada manusia sekrg yang hitam hati dia, kutuk yang bukan-bukan pasal orgg.” Luah Siti Sarah di instagram miliknya.

MASYARAKAT PERLU UBAH MENTALITI, HORMATI EMOSI ORANG LAIN

Natijahnya, mulut manusia kita tak dapat nak tutup. Selagi mereka boleh bercakap, mereka akan cakap ikut selera hati. Walau bagaimanapun kita mampu mengubah sikap mereka dengan memberikan kesedaran seperti mana tindakan yang dilakukan oleh Jasmin Hamid dan Rita Rudaini sebelum ini.

Diharapkan masyarakat kita buang sikap kepoci dan terlalu mengambil berat isu kelemahan fizikal orang lain. Fahamilah ianya mampu memberi kesan yang sangat dalam kepada emosi individu berkenaan.

Sumber: Instagram Siti Sarah Raissuddin

Kongsi artikel ini: