Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Namanya pernah sehebat Fattah Amin ataupun Zul Ariffin sewaktu zaman kemuncaknya dahulu. Zairosminan bin Abdul Rahman atau nama komersilnya Roy Azman mempunyai identiti sendiri sehingga kini masih kekal relevan dalam industri lakonan.
JADI PERHATIAN GARA-GARA DRAMA ADELLEA SOFEA
Ramai yang tak tahu Roy Azman dilahirkan pada 30 Mei 1970 di Alor Setar, Kedah, yang mana usianya kini sudahpun memasuki separuh abad. Namanya kini mula menjadi tempias gara-gara membintangi drama Adellea Sofea.
Dalam drama tersebut, Roy memegang watak serius iaitu Izham, bapa kepada Fir dilakonkan oleh Ungku Ismail Aziz. Kali ini, bukan kisah Adellea Sofea yang penulis ingin rumuskan tetapi watak Roy di dunia nyata yang menjadi perhatian netizen.
MEMANG JENIS MASUK AIR
Sebenarnya Roy Azman ni sejenis yang masuk air. Hanya orang yang pernah bekerja dengannya sahaja yang tahu betapa sukarnya membuat pengambaran scene serius dengan aktor ini.
Dan beberapa hari lepas, Roy Azman ada memuat naik satu video di laman instagram miliknya yang berjaya mencuit hati pengikutnya. Dalam video tersebut menunjukkan dia sendang mencuci bilik air sambil membuat muka ke arah kamera.
βAsyik muka jer nak glowing.β Tulisnya ringkas di ruangan kepsyen.
REAKSI PENGIKUT DI IG
Secara tidak langsung aksi spontan Roy ini membuatkan ramai netizen terhibur. Dah memang dianugerahkan bakat untuk buat orang ketawa biarpun hanya dengan aksi mencuci tandas. Ramai berseleroh perangai berubah sejak berkawan dengan Hamadi.
Dah lama penulis perati je perangai si Roy ini. Kalau di media sosial tu dah banyak bloopers Roy ini gara-gara aksi menyakat dan kuat gelaknya itu. Semoga tahun depan boleh masuk Maharaja Lawak la pula yer.
Sumber: Instagram Roy Azman