Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Contoh yang baik! Jibam Oh My English selamat bertunang dengan Lisa, majlis pula jadi perhatian

Jika anda melayan kisah drama Oh My English, sudah pasti anda akan mengenali watak Jibam yang dilakonkan oleh Akhmal Nazri. Akhmal dilahirkan pada 24 Februari 1992 di Bandar Muadzam Shah, Pahang.

Mungkin wajahnya jarang muncul dalam mana-mana drama, namun sebenarnya Akhmal lebih kepada mengaca program TV. Antaranya adalah bual bicara PM Live dan AM Live di Astro Ria dan juga Jom Singgah di TV3.

JIBAM DAH BERTUNANG DENGAN ALLYSSA

Dalam perkembangan terbaru, Akhmal telahpun selamat mengikat tali pertunangan dengan seorang penyanyi kelahiran AF 2015 iaitu Allyssa Joanne. Difahamkan mereka melangsungkan majlis tersebut pada 25 November yang lalu lagi.

Namun ianya baru disampaikan kepada umum oleh Akhmal sendiri menerusi laman Instagram miliknya semalam. Mereka bakal disatukan pada penghujung tahun hadapan, tidak dinyatakan secara tepat tarikh dan waktunya.

“Thanks to my mommy and my future mother in law, mama for the blessings. Im so lucky to have you both! Mommy, thank you for everything especially during my conversion. You were there for me and witness everything.”

Sumber Instagram

 

“Love you mom! And also to mama, thank you for accepting me to your family. Im so lucky to have you as my future mother in law. One more step to go, @akhmalnazri.” Tulis Allyssa di Instagramnya.

RESPON PEMINAT, ADA YANG TERKEJUT, MAJLIS SANGAT SIMPLE

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat menyampaikan ucapan tahniah buat kedua mereka dan ada yang terkejut dengan kisah pertunangan ini kerana masing-masing berjaya menyorokkan hubungan cinta.

Sumber Instagram

Ada yang turut memuji tindakan Akhmal dan Allyssa ini dalam mengadakan majlis bertunang. Biar pun bergelar selebriti, namun majlis yang diadakan sangat bersederhana. Yang penting niat untuk menghalalkan hubungan berbanding menunjuk kepada umum.

Secara keseluruhannya, tahniah penulis ucapkan kepada Jibam dang Allyssa di atas perkhabaran baik ini. Tak ramai yang mampu bersederhana begini dan rata-rata artis lain akan mengadakan majlis bertunang gah dah macam majlis bersanding.

Semoga hubungan pertunangan ini berakhir dengan baik sehingga ke jinjang pelamin dan dipermudahkan dengan segala urusan kelak.

Sumber: Instagram Akhmal Nazri dan Allyssa Joanne

Kongsi artikel ini: