Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Umum mengetahui bahawa bulan Disember ini adalah terakhir kali Neelofa akan bersama MeleTop. Hal ini diakui sendiri oleh Neelofa pada 2 Disember lepas secara langsung di kaca TV berikutan terikat dengan komitmen kerja.
BACA: Buat netizen tergamam! Neelofa buat pengumuman mengejut keadaannya bersama MeleTop
URA-URA MIRA FILZAH JADI PENGGANTI NEELOFA
Secara tidak langsung, pengunduran Neelofa ini sedikit sebanyak mengundang rasa sedih peminat. Yang paling terkesan adalah rakan pengacara iaitu Nabil Ahmad yang mana dia sendiri terkejut dengan pengumuman selebriti cantik dari Pasir Mas ini.
Dalam pada itu, pengganti kepada Neelofa turut menjadi persoalan ramai pihak kerana ianya masih dirahsiakan pihak Astro sendiri hingga kini. Namun, ura-ura yang tersebar mengatakan bintang drama Adellea Sofea, iaitu Mira Filzah bakal menggalas tugasan tersebut.
RESPON MIRA TENTANG SPEKULASI BAKAL JADI HOS MELETOP
Walaupun demikian, Mira Filzah menjelaskan sehingga hari ini dia masih belum menerima apa-apa tawaran rasmi berkaitan pengganti hos ini dari pihak MeleTop. Bagi Mira, dia tidak menolak sekiranya ditawarkan sebagai pengganti.
Apa pun, jelasnya bukan mudah untuk membawa rancangan yang disukai ramai itu memandangkan ianya dah sebati dengan jiwa penonton selama ianya bersiaran.
“MeleTop sudah pun mempunyai satu branding yang sangat kuat. Jadi kalau tiba-tiba ada yang bangkit nama, maksudnya orang nampak akan potensi. Akan tetapi setakat ini masih belum ada apa-apa.” Jelas Mira tentang status tawarannya kini.
Selain itu, dalam perkembangan lain, selebriti cantik ini memberitahu bahawa tahun 2019 merupakan tahun yang paling cemerlang buat dirinya memandangkan dia telah menerima beberapa anugerah sejak kebelakangan ini.
Bagi penulis, masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri dalam menjayakan sesuatu acara. Seperti Mira Filzah sendiri sudahpun banyak mengacara tv dan antaranya adalah Nona. Jadi tidak mustahil dia antara yang layak membawa tugasan bersama Nabil Ahmad kelak.