Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Sekiranya anda perasan, awal tahun ini tersebar luas video manja seorang gadis yang dikenali sebagai Nija atau nama sebenarnya Nur Naziha Tayang. Video itu menjadi bualan ramai dek kerana aksi manja Nija yang kempunan cendol ketika panas terik.
VIDEO AWEK CENDOL JADI BUALAN SEBAB AKSI DIBUAT-BUAT
Ramai yang menyangka ianya perbuatan yang dibuat-buat. Lalu kekasihnya, Aiman Amar menjelaskan bahawa Nija sememangnya berpewatakan sedemikian dan manja dengan semua orang. Walau bagaimanapun, sehebat mana perancangan kita, hebat lagi ketentuan Tuhan.
Hubungan cinta mereka berdua dilihat tidak kekal lama apabila beberapa bulan selepas tular kisah mereka ini, masing-masing mengambil keputusan untuk membawa haluan hidup sendiri. Tidak dijelaskan secara tepat apa yang pasti tiada lagi persefahaman antara Nija dan Aiman.
BEKAS TEMAN LELAKI AWEK CENDOL DAH TEMUI PENGGANTI
Pernah gagal dalam hubungan cinta sebelum ini tidak mematahkan semangat Muhad Aiman Amar apabila jejaka ini mula menemui pengganti Nija. Tak ingin sekadar berjanji mulut, Aiman akhirnya mengambil keputusan untuk berkahwin dengan pasangan baru, Nur Fazwa Atasha.
Berita baik ini diumumkan sendiri oleh Aiman menerusi laman instagram miliknya beberapa jam lepas. Difahamkan mereka berdua selamat diijab kabulkan pada 25 Disember 2019.
DUA KALI AKAD NIKAH, TERLALU GEMURUH
Menerusi video yang dimuat naik, dapat dilihat Aiman terpaksa melalui detik akad nikah sebanyak dua kali gara-gara terlalu gugup. Dia akhirnya sempurnakan lafaz akadnya dengan mas kahwin berjumlah RM300.
View this post on Instagram
25/12/2019 alhamdulillah kita sah menjadi suami isteri ๐คฒ๐ป . Slide sampai habis ๐คฃ๐คฃ๐คฃ
โAku terima nikahnya Nur Fazwa Atasha dengan mas kahwinnya RM3.00.โ Ucapan tersasul Aiman sekali gus suasana jadi riuh dengan gelak ketawa tetamu.
MULA-MULA BENCI AKHIRNYA JATUH CINTA
Menurut Fazwa, mereka hanya berkenalan melalui IG story sahaja semenjak setahun yang lepas. Pada awalnya dia tidak berapa suka dengan sikap Aiman namun kuasa Tuhan siapa yang tahu, dan dalam tidak sedar rasa cinta itu wujud. Akhirnya dua jiwa ini bersatu.
Orang tua-tua selalu pesan, jangan terlalu membenci seseorang takut nanti dia yang jadi jodoh kita kelak. Apa pun tahniah penulis ucapkan buat Aiman dan Fazwa dengan mahligai yang dibina. Semoga hubungan suami isteri berkekal hingga ke jannah.
Sumber: Instagram Muhd Aiman Amar dan cikkatashaa