Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Dia dah buat sesuatu! Syatilla Melvin dedah kisah tawar RM3K untuk netizen yang jumpa wanita ini

Syatilla Melvin atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla binti Amirol Melvin kurang jadi perhatian setelah bergelar isteri kepada Shaheizy Sam pada tahun 2016. Syatilla kini dilihat lebih fokuskan kepada anak dan keluarga.

Sumber Instagram

Menyingkap sejarah pembabitan Syatilla dalam dunia seni, dia mula menempah nama menerusi Dewi Remaja 2009/2010 bersama Neelofa, Anzalna Nasir dan juga Izara Aishah. Sejak dari itu lah dia mula aktif dalam lakonan. Kemudian kerjayanya semakin perlahan sejak melahirkan Syeriv Samheizy.

GANJARAN RM3K BAGI MENGESAN PEMBANTU RUMAH

Terbaru, Syatilla Melvin ada memuat naik status di laman instagramnya menawarkan ganjaran wang tunai berjumlah RM 3,000 bagi individu yang berjaya mengesan pembantu rumahnya yang difahamkan telah melarikan diri sejak Khamis lepas.

Pembantu rumah yang dicari

Syatilla menjelaskan bahawa pembantu rumahnya yang berasal dari Indonesia ini telah melakukan sesuatu kepada keluarganya sehingga mengambil keputusan untuk melarikan diri. Syatilla turut menyelitkan beberapa keping gambar wanita berkenaan sebagai rujukan.

PIHAK POLIS TURUT TERLIBAT

Dalam pada itu, Syatilla memberitahu pihak polis turut membantu dalam mengesan pembantu rumah tersebut. Cuma dengan menyebarkan maklumat ini memudahkan lagi kerja untuk menjejaki.

Sumber Instagram

“Wahai followers yg tercinta, saya offer cash reward 3k utk sapa yg ternampak atau terjumpak mangkuk ayun ni (maid aku) ciri2:-

-Pendek mcm pokok kucai

-Tik lalat sampah atas mulut

Gigi jarang (jarak 1km antara 1gigi ke gigi yg lain) .

dia lari pagi tadi n dah buat sesuatu pada keluarga saya!! polis akan bantu dalam siasatan.

so sapa terjumpa tolong pegang dia dan dm tilla cepat!!! mohon repost!!!!” Tulis Syatilla.

MUNGKIN BERADA SEKITAR TBS

Difahamkan kemungkinan wanita berkenaan kini berada di sekitar TBS dalam usaha melarikan diri ke Batam melalui Johor.

Sumber Instagram

Tidak djelaskan secara tepat kisah sebenar kejadian. Semoga usaha dalam menjejak pembantu rumah berkenaan dipermudahkan Syatilla sekeluarga dan memohon orang ramai untuk turut membantu.

Sumber: Instagram Syatilla Melvin

Kongsi artikel ini: