Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tak sama macam yang lain! Kampung People jadi fenomena. Netizen mula ketagih, pengarah pula jadi perhatian

Bukan suatu perkara yang mudah untuk menghasilkan karya filem atau drama berkualiti tinggi. Ianya bermula dengan pengarah itu sendiri, bagaimana dia mengolah jalan cerita kepada para pelakon agar sampai ke jiwa penonton.

Bagi penulis, kredit harus diberikan kepada drama bersiri terbaru yang sedang disiarkan di TV3 iaitu Kampung People. Jalan cerita berkisarkan kekeluargaan yang dahulu senang dan kini terpaksa melalui detik sukar dalam hidup mereka.

BUKAN DRAMA CINTAN CINTUN SEPERTI KEBIASAAN

Perjalanan untuk cuba menukar gaya hidup mewah kepada miskin inilah menimbulkan suasana kacau bilau dan pelbagai aksi jenaka yang dilakonkan oleh Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Kamarul Eqifshah, Riena Diana dan ramai lagi.

Difahamkan drama ini diarahkan oleh Wan Hasliza sekali gus menjadi perhatian pengarah filem terkenal Razaisyam Rashid. Terbaru Razaisyam dilihat memuat naik status di Twitter memuji karya pengarah Kampung People ini.

Sumber Twitter

“Aku anggap @wanhasliza adalah pembikin tv series yang paling terbaik di negara kita. Ni adalah salah satu lagi masterpiece dari beliau. Orang asyik sembang tak nak tengok cintan cintun project biliun2 lagi dah, so boleh layan tv series ni. Witty, nakal dan cute wei.” Tulis Razaisyam.

LAKONAN LEBIH BERSAHAJA DAN TIDAK DIBUAT-BUAT

Tidak dinafikan sebelum ini penonton hanya sering disajikan dengan kisah cinta dan kekayaan yang mana sama sekali tidak menggambarkan situasi sebenar yang dilalui oleh masyarakat kita. Dengan wujudnya kisah bergenre jenaka ini dapat membawa keluar takuk selesa kebanyakan pengarah.

Menerusi Kampung People, penonton disajikan dengan lakonan mantap keluarga Rashidi Ishak dan Elly Mazlein ini yang pandai menghidupkan watak masing-masing. Unsur kelakar itu lebih realistik dan tidak dibuat-buat.

JADI FENOMENA, PENONTON TAK KERING GUSI

Hasil tinjauan di Twitter mendapati netizen memberikan maklum balas yang sangat positif dengan drama ini. Kita sebagai penonton dah terbahak-bahak melayan telatah mereka dan macam mana mereka mengawalnya di set pengambaran.

Sumber Twitter

Boleh dikatakan drama wajib ditonton oleh segenap lapisan masyarakat, ramai yang memuji dan berharap karya jenaka masuk air sebegini lebih banyak dihasilkan di masa hadapan. Mereka dah mula bosan dengan kisah cinta agaknya.

Penulis ucapkan tahniah buat pengarah, Wan Hasliza dan para pelakon kerana berjaya menawan hati penonton dengan lawak jenaka sebegini yang lebih dekat dengan masyarakat kita.

Kredit: Twitter Razaisyam Rashid

Kongsi artikel ini: