Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Orang melayu takkan pernah puas hati! Lelaki ini dakwa terima bungkusan kuning, guna Pos Laju

Perasaan cemburu dan dengki dalam masyarakat melayu kita tidak dapat dipisahkan. Senang cerita tak boleh tengok orang lain hidup lebih sikit, terus macam macam cara dilakukan untuk menjatuhkan individu berkenaan.

Antara jalan singkat yang sering dilakukan dan sangat terkenal sejak zaman nenek moyang lagi adalah sihr. Biar pun ia perkara yang paling dilarang dalam agama kerana bersifat menduakan Tuhan, namun ia dipandang remeh oleh segelintir yang berhati busuk.

HEBOH ANAK PATUNG KUNING DIIKAT BERSAMA GAMBAR

Sejak semalam heboh kisah seorang lelaki yang dikenali sebagai Md Iruwan menerusi laman Facebooknya menceritakan detik cemas apabila menerima satu bungkusan dari pihak Pos Laju. Apa yang memeranjatkan lelaki ini adalah dengan isi bungkusan tersebut.

Sumber Facebook

Didapati ia mengandungi dua bentuk seakan anak patung yang diikat dengan kain kuning, paku serta gambar isteri dan anaknya. Jelasnya individu yang menghantar bungkusan tersebut ada niat tidak baik kepada mereka sekeluarga.

Berikut perkongsian asal Md Iruwan sebagai peringatan kita bersama:

IRUWAN HAIRAN SEDANGKAN DIA TIDAK BERMUSUH DENGAN SESIAPA

“Pada yg buat benda nie, terimo lh balasan Tuhan nanti,setahu aku, aku x ada pun musuh. Tekejup aku kemarin bukak2 sampul surat dpt benda mcm nie. Gambar nie aku tahu kau ambik dlm fb aku. Dn aku tahu kau follo pekrbangan aku dlm fb aku x kn balas pebuatan mu nie.”

“Tp mu kena igt kuasa Tuhan lebih dari segala2nya. Kalau jadi apa2 atas keluaga aku mu jwp lh nnt. Tuhan maha adil dari segala2nya. Kau buat nk suruh aku dgn isteri aku berpisah, dn kau nk isteri aku jd gila dh mti.”

Sumber Facebook

PERKARA TAKKAN JADI TANPA IZIN TUHAN

“Tp kau igt, kalau Tuhan x izin benda nie x kn jd. Aku mintak doa dgn Tuhan supaya Tuhan tunjuk dh azap sesiapa yg sanggup buat mcm nie kepada keluaga aku. Aku x takut mti sbb mti tu pasti kepada setiap yg hidup. Tp aku mintak dgn Tuhan panjan kn umur ku sbb amalam aku masih x cukup.”

“Dn anak2 aku masih kecil. YaAllah ku pohong pada mu kau tunjuk kn lh kebenarannya nnt aminnn.” Kongsi Iruwan kepada orang ramai.

Sumber Facebook

Demikian lah kita sebagai manusia harus menjauhi perkara-perkara syirik sebegini. Meski pun hidup dalam dunia yang penuh modenisasi, kepercayaan sebegini masih tegar untuk segelintir yang terlalu tamak dengan dunia.

Justeru, penulis nasihatkan agar pembaca jadikan kisah Iruwan ini sebagi iktibar dan juga peringatan kepada diri sendiri untuk menjaga hubungan dengan manusia dan Tuhan terutamanya agar diri kita sentiasa dalam lindunganNya.

Kredit: Facebook Md Iruwan

Kongsi artikel ini: