Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Rugi tak amalkan! Inilah 7 amalan sunat yang perlu dilakukan pada hari Jumaat

Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari. Terdapat banyak perkara yang boleh kita lakukan dalam mengejar amal kebaikan. Walau bagaimanapun, masih ramai masyarakat kita terlepas pandang perkara-perkara sunat, yang pada asalnya mudah untuk diamalkan.

Demikian, penulis ingin berkongsikan beberapa amalan sunat yang mungkin dapat membantu kita dalam menjadi hamba yang bertaqwa.

1. AMALKAN BERSELAWAT

Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sesungguhnya hari yang paling utama bagi kalian adalah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat kepadaku di dalamnya, kerana selawat kalian akan ditunjukkan kepadaku.” Para sahabat berkata : “Bagaimana ditunjukkan kepadamu sedangkan engkau telah menjadi tanah?” Nabi S.A.W. bersabda : “Sesungguhnya Allah S.W.T. mengharamkan bumi untuk memakan jasad para Nabi.” (HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, An-Nasa’i)

2. MANDI JUMAAT

“Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang yang baligh.” (Shahih HR. Bukhori dan Muslim). Mengikut Abu Sa’id Al-Khudri, hukum mandi Jumaat adalah wajib bagi lelaki-lelaki yang baligh. Tidak wajib bagi kanak-kanak, wanita, orang sakit dan musafir. Digalakkan untuk mandi Jumaat sebelum pergi menunaikan solat Jumaat.

3. MEMOTONG KUKU

Memotong kuku dapat membersihkan tangan. Ini kerana dengan kuku yang panjang boleh membawa kotoran yang mana bakteria terlekat dicelah-celahnya.

Tambahan pula, apabila makan adalah perkara sunat menggunakan tangan. Sehubungan dengan itu, ia adalah tanggungjawab kita dalam menjaga kebersihan tangan ini agar tidak terkena penyakit.

4. AMALKAN ZIKIR DAN DOA

Orang kita selalu terlepas pandang tentang amalan ini. Rata-rata berfikiran zikir dan doa hanya boleh dilakukan setelah selesai solat walhal amalan ini sangat lah digalakkan sewaktu kita ingin memulakan suatu pekerjaan dan juga pengakhirannya.

Para ulama bersetuju bahawa pada hari Jumaat terdapatnya suatu waktu paling mustajab yakni diterima oleh Tuhan dalam memenuhi doa hambaNya iaitu antara dua khutbah. Ianya adalah ketika imam duduk antara khutbah pertama dan juga khutbah kedua.

5. MEMBACA SURAH AL-KAHFI

Seterusnya Surah Al-Kahfi ini mempunyai banya kelebihannya dan boleh dikatakan sering menjadi pilihan di atas kelebihan dimiliki.

Ianya antara surah terkenal yang boleh melindungi diri dari fitnah Dajal. Surah ini menceritakan penduduk gua, pemilik dua kebun, Nabi Musa dan Nabi Khidir serta kisah Zul Qarnain yang mempunyai banyak pengajaran.

Rasulullah bersabda,

“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat nescaya akan diterangkannya dengan satu cahaya di antara dua Jumaat.” (Hadis riwayat al-Nasaei, al-Baihaqi dan al-Hakim).

6. MEMAKAI HARUMAN ATAU MINYAK WANGI

Nabi S.A.W. bersabda : ”Barang siapa mandi pada hari Jumaat dan bersuci semampunya, lalu memakai minyak rambut atau minyak wangi kemudian berangkat ke masjid dan tidak memisahkan antara dua orang, lalu solat sesuai yang ditentukan baginya dan ketika imam memulai khutbah, dia diam dan mendengarkannya maka akan diampuni dosanya mulai Jumaat ini sampai Jumaat berikutnya.” (Shahih HR. Bukhari dan Muslim).

7. SEGERAKAN UNTUK KE MASJID

Yang ni sering menghantui kaum lelaki. ramai antara kita sengaja melambatkan untuk ke masjid. Ada yang ambil peluang lepak di kedai makan sambil hisap rokok berbanding berada di atas masjid sambil menunggu khutbah.

Anas bin Malik berkata, ”Kami berpagi-pagi menuju solat Jumaat dan tidur siang setelah solat Jumaat.” (Shahih HR. Bukhari). Dan anda digalakkan untuk tidur selepas solat Jumaat kerana itu adalah Sunnah baginda.

Demikian antara 7 amalan sunat yang digalakkan untuk dilakukan pada hari Jumaat. Diharapkan dengan perkongsian dari Info Meecks pada kali ini sedikit sebanyak dapat membantu serta membuka minda pembaca. Selamat beramal!

Kongsi artikel ini: