Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Hanya Naqiu, tiada kelibat Hady di MeleTop cetus tanda tanya penonton! Ikuti punca sebenar kejadian

Program yang diminati ramai, Gegar Vaganza musim keenam memang penuh dengan kejutan. Selain daripada pelbagai gimik yang muncul setiap minggu, keputusan akhir penentuan juara turut menjadi topik hangat di mulut peminat.

Sumber Instagram

Mana tidaknya apabila juara untuk program berkenaan dikongsi bersama oleh Naqiu Boboy dan juga Hady Mirza sedikit sebanyak ada yang pertikaikan keputusan tersebut. Ada yang menyifatkan unsur berat sebelah dalam membuat keputusan, apa pun perkara sudah pun terjadi.

Sumber Instagram

TIADA KELIBAT HADY DI PROGRAM MELETOP, CETUS TANDA TANYA

Setelah bergelar juara, kedua-dua penyanyi berkenaan dijemput untuk ditemu bual dalam rancangan MeleTop yang dihoskan oleh Neelofa dan juga Nabil Ahmad. Malangnya hanya Naqiu seorang sahaja yang muncul tanpa kelibat Hady.

Sumber Instagram

Sekali gus mengundang tanda tanya ramai penonton tentang ke mana hilangnya Hady ketika itu. Menjengah ke instagram penyanyi berasal dari Singapura berkenaan, rupanya dia sudah pun kembali ke Johor dan juga Singapura.

HADY HADIR PROGRAM KEAGAMAAN DI SINGAPURA

Jelas Hardy dia perlu memenuhi tuntutan kerja dan juga berjumpa dengan keluarganya. Yang menarik minat penulis adalah program yang dihadiri oleh Hady ketika itu iaitu berbentuk keagamaan. Ianya diadakan di Singapuran dan turut dihadiri beberapa orang pendakwah lain.

Tidak hanya merdu mendendangkan lagu, Hady dilihat mengalunkan Qasidah dengan penuh indah disamping berkongsikan kisah hidup dan jatuh bangun sepanjang bergelar selebriti. Boleh dikatakan seimbang antara hal dunia dan juga akhirat.

BALANCE DUNIA DAN AKHIRAT, RAMAI YANG MEMUJI

Dengan perkongsian Hady ini, maka terjawab lah persoalan peminat ke mana hilangnya dia sewaktu wawancara di MeleTop. Ramai yang memuji penyanyi kacak ini yang pandai mengimbangi kepentingan, yang mana patut didahulukan.

Mereka turut mendoakan agar kerjaya nyanyian Hady akan lebih berjaya di masa depan setelah lama berdiam diri dalam dunia muzik.

Tahniah penulis ucapkan buat Hady dan tidak lupa juga Naqiu Boboy. Masing-masing ada kekuatan tersendiri dalam dunia nyanyian.

Sumber: Instagram Hady Mirza, Youtube Random Uploads

Kongsi artikel ini: