Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Isu jantina ni dah macam tukar baju! Safiey Ilias beri gambaran ingin bangkit sebagai orang baru

Masih ingat dengan usahawan kosmetik Safiey Ilias yang pernah gegarkan rakyat Malaysia dengan kisah jantinanya? Sebelum ini penulis pernah kongsikan cerita yang mana usahawan ini, ada memberi gambaran untuk kembali kepada bentuk wanita.

BACA: Masih ada perangai lama! Safiey Ilias beri gambaran untuk kembali, netizen dah agak bakal terjadi

Sumber Instagram

Ianya tidak dijelaskan secara tepat dan hanya memberi gambaran melalui muat naik gambar lama yang berambut panjang dengan kepsyen , “Masa untuk kembali, Wait and see.” Sekali gus ramai yang menyangka dia bakal mengulangi kesalahan lama.

MUAT NAIK GAMBAR LAMA SEBAGAI WANITA

Semalam sekali lagi usahawan kontroversi ini menayangkan gambar dirinya yang lama sebagai wanita, dan bagai tiada kesudahan seperti kecelaruan identiti.

Dalam gambar tersebut, Safiey menjelaskan yang dia bakal bangkit pada tahun hadapan dalam urusan perniagaannya kerana tahun sudah, banyak kali dia berhadapan dengan masalah dan juga ramai yang ingin melihat dirinya jatuh.

Tambahnya, dia bernekad untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama yang mana sebelum ini rata-rata penuh dengan adengan kontroversi. Ianya seolah-olah menjadikan Safiey seperti badut dan dipandang serong oleh orang ramai.

Sumber Instagram

BANYAK DUGAAN, RAMAI YANG CEMBURU

“Ramai yg inginkan diri ini jatuh , down dan teruk. Hiraukan segala kata manusia dan bangkit dengan 1001 semangat luar biasa. 2020 adalah tahun untuk terus maju dan bangkit dan hiraukan segala kata2 manusia. Hanya diri ini yg kenal diri sendiri .”

“Saat kita sedih, tak semua orang faham. Bismillah. Buka lembaran baru ! Kurangkan rakan x berfaedah. Sedikit selfish namun terus berbisnes untuk membantu org yang memerlukan. Hargailah diri sendiri.”

NEKAD UNTUK BANGKIT

“Pokok pangkal diri sendiri yang harus kuat semangat dan sayang pada diri sendiri . Walau ramai membenci , letakkan diri sendiri dengan prinsip yg utuh. Empayar yang hampir jatuh , namun bangkit membina empayar baru yg lebih padu!”

“HIDUP INI BUKAN TENTANG DIRI SENDIRI TETAPI TENTANG ORANG ORG LAIN. Doakan saya ! Tiada lagi video2 badut , tiada lagi video2 kontroversi . Cuma menonjolkan nilai2 baik kepada masyarakat . Tegur saya jika saya keterlaluan.” Tulis panjang Safiey.

Sumber Instagram

NETIZEN BERASA HIBA JIKA SAFIEY MENGULANGI PERANGAI LAMA

Menjengah ke ruangan komen, pengikut rata-rata berasa sangat kecewa sekiranya Safiey benar-benar mengambil keputusan untuk kembali kepada nyah. Mana kan tidaknya, sebelum ini dia pernah berbuat demikian dan netizen merasakan ditipu dengan propaganda yang dilakukan.

Sumber Instagram

 

Sumber Instagram

Tidak dijelaskan secara tepat dan penulis sendiri tidak pasti perubahan yang bakal dibawa oleh Safiey kelak.

Justeru, sama-sama lah kita doakan agar sejarah lama tidak berulang. Dan kita sendiri tidak mahu ada individu menjadikan agama sebagai sandaran hanya untuk populariti dan juga berunsurkan kepentingan perniagaan semata.

Sumber: Instagram Safiey Ilias

Kongsi artikel ini: