Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tak sombong dengan pembantu! Datin Zizie Izette melayan orang gaji sama seperti keluarga

Sempena Hari Natal yang disambut oleh penganut Kristian di seluruh dunia pada hari ini, satu perkongsian yang telah menjadi perhatian oleh netizen menjadi tular di media sosial. Hari Natal merupakan satu perayaan yang besar besaran dan kebiasaanya disambut oleh indivicu bersama keluarga tersayang.

KEBAHAGIAAN ITU BILA BOLEH BUAT ORANG LAIN GEMBIRA

Pelakon jelita Datin Zizie Izette telah membuat satu perkongsian di akaun Instagram nya dengan merayakan sambutan Hari Natal bersama pembantunya di kediaman yang indah itu. Datin Zizie memang sentiasa kelihatan melancong di dalam dan luar negara dengan membawa kesemua empat orang pembantunya bagi meringankan beban menguruskan anak anaknya.

Sumber Instagram

Di dalam video berdurasi seminit itu, Datin Zizie telah membuat undian hadiah yang telah dibalut dengan cantic kepada empat orang pembantunya. Mereka kelihatan sangat gembira menerima penghargaan itu dan jelas kelihatan raut wajah yang ceria.

MAJIKAN IBARAT KELUARGA

Tulis Datin Zizie lagi, mereka telah datang jauh daripada keluarga demi mencari sesuap nasi untuk keluarga mereka dan tidak salah kita meraikan perayaan itu demi membuatkan mereka gembira.

β€œKita Majikan ibarat keluarga mereka, walaupun berlainan agama, tapi saya rasa tak salah untuk kita berbuat baik sesame manusia.”

Sumber Instagram

Terdahulu, Datin Zizie sering kali memuat naik gambar percutian bersama keluarga dan juga pembantunya yang kelihatan segak memakai pakaian yang sedondon bersama sama, disitu boleh disifatkan Dtain Zizie sebagai majikan yang sangat prihatin dan menjaga kebajikan pembantunya.

Sumber Instagram

Dikesempatan itu juga, pelakon putih gebu ini juga telah mengambil peluang bagi mengucapkan Selamat Hari Natal kepada semua pengikutnya yang menyambut perayaan ini.

MASIH CANTIK JELITA DENGAN LIMA ANAK KECIL

Terdahulu pelakon ini telah mendirikan rumah tangga bersama ahli politik, Bung Moktar dan telah dikurniakan 2 cahaya mata lelaki kembar dan juga seorang puteri. Sebelumnya Datin Zizie mempunyai anak angkat dan begitu akrab bersama.

Sumber Instagram

Namun begitu, ibu kepada lima orang anak anak kecil yang comel ini sering kali muncul di mana mana dengan bersedia dan masih menjaga penampilannya sebagai seorang selebriti.

Sumber : Instagram Zizie Izette Β 

Kongsi artikel ini: