Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Jangan pandang hina! Berkat pengutip sampah lebih 8 jam setiap hari, mampu hantar anak ke universiti

Bukan mudah untuk seorang bapa membesarkan seorang anak. Bermula dengan keperluan pakaian, makanan dan paling utama persekolahan anak bagi menjamin masa depan mereka. Tetapi tak semua orang tahu atau nampak keperitan yang perlu dilalui.

Sumber foto: FMT

Itu lah yang boleh digambarkan kepada golongan pekerja Alam Flora ini iaitu Nor Hamdan Mat, Mohd Asri Yusoff dan juga Ismail Ahmad. Ketiga mereka menjadikan pekerjaan mengutip sampah sebagai punca rezeki namun tiada sekelumit perasaan menyesal dalam diri mereka.

8 JAM MENGHADAP BAU BUSUK SETIAP HARI

Meski pun perlu berhadapan sampah sarap dan benda kotor selama 8 jam setiap hari, mereka bertiga masih mampu menyara keluarga bahkan pengajian anak-anak tidak terabai. Mereka tetap pastikan anak-anak mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.

Difahamkan ketiga mereka ini akan sentiasa berada di belakang lorong-lorong, rumah kedai dan restoran di sekitar ibu kota sebanyak 2 kali sehari. Masyarakat Malaysia ibarat tiada kesedaran biarpun kempen kebersihan sentiasa dilakukan.

KUANTITI SAMPAH TAK PERNAH SURUT

Menurut mereka, setiap hari sampah sarap yang dikutip sentiasa meningkat dan tidak pernah surut. Kadang kala tugasan menjadi semakin sukar kerana ada yang membuang sampah bukan pada tempat yang disediakan.

Sumber foto: FMT

Disebabkan ini lah mereka terpaksa membersihkan sesebuah kawasan tong sampah sehingga radius 3km dari tempatnya dan mengambil masa yang lama. Tak kurang dari itu, mereka juga perlu memastikan jalan raya, longkang dan bangkai haiwan di atas jalan perlu dikosongkan.

BANGGA DENGAN KERJA, MAMPU BESARKAN ANAK

Mohd Asri sebagai pemandu lori memberitahu, dia turut perlu membantu dua lagi rakannya itu sekiranya kuantiti sampah dilonggok dalam keadaan berantakan. Itu antara dugaan yang perlu mereka lalui hampir setiap hari.

Keluar seawal pagi bermula 5:30 pagi ketika orang lain sedang tidur lena, Ismail Ahmad tidak berasa terbeban dengan kerjanya malah bersyukur kerana dengan pekerjaan ini lah dia mampu memberikan pendidikan yang terbaik buat 4 orang anaknya.

BERKAT KERJA, ANAK-ANAK BERADA DI UNIVERSITI

Tambahnya lagi, hasil bekerja sebagai pengutip sampah dengan Alam Flora ini lah tiga orang anaknya kini berada di universiti tempatan. Bagi penulis, pekerjaan ini sangat mulia dan tak mampu dilakukan oleh ramai orang. Dah boleh jadi fardhu kifayah.

Sumber foto: FMT

Lebih baik bekerja mencari rezeki halal berbanding terbungkang atas katil mengharapkan kudrat isteri untuk mencari nafkah. Yang kesalnya tak semua orang memandang dari sudut positif dan menghargai usaha mereka bertiga ini.

Konklusinya, apa pun jenis pekerjaan buat lah secara ikhlas dan nescaya cerah masa depan. Dan untuk pembaca cuba lah menghargai pekerjaan pengutip sampah ini kerana tanpa mereka sudah pasti masalah kebersihan mengganggu persekitaran kita. Tahniah abang Alam Flora!

Kredit: freemalaysiatoday

Kongsi artikel ini: