Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

[VIDEO] Hidayah itu rahsia tak kenal rupa! Ebit Lew bantu pemuda India penuh tatu ini ucap syahadah

Penceramah bebas Ustaz Ebit Lew tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Malaysia. Namanya sering disebut ramai kerana kebaikan yang ditunjukkan dalam setiap kerja dakwah. Dia bukan sahaja pandai bercakap, malah turun padang menyelami nasib golongan yang kurang bernasib baik.

Selain itu, Ebit Lew menjadikan platform media sosial sebagai wardah penyampaian. Segala kerja dakwah dikongsikan di media sosial. Dan terbaru, Ebit memuat naik video yang mana pemuda India telah menerima Islam dan membantunya mengucap kalimah syahadah.

Sumber Instagram

BARU BERKESEMPATAN UNTUK BERJUMPA

Menurut Ebit, sudah lama dia berkomunikasi dengan Raj tetapi hanya melalui mesej. Cuma sekarang baru berkesempatan untuk berjumpa dengan pemuda India berkenaan.

“Sebak baru sekejap tadi jumpa Raj. Dah berminggu mesej dengan beliau. Hari ini beliau ucap syahadah.”

HIDAYAH ITU RAHSIA TUHAN, TAK KENAL SESIAPA PUN

Tambah Ebit lagi, pilihan Raj untuk memeluk Islam diterima baik oleh keluarganya dan proses tersebut turut berlangsung di hadapan keluarga dengan cara baik kesemua pihak.

“Beliau memeluk Islam. Ya Allah sebak rasa. Begitulah hidayah. Keluarganya semua menerima dengan baik beliau memeluk Islam.”

 

View this post on Instagram

 

Sebak baru sekejap tadi jumpa Raj. Dah berminggu mesej dengan beliau. Hari ini beliau ucap syahadah. Beliau memeluk Islam. Ya Allah sebak rasa. Begitulah hidayah. Keluarganya semua menerima dengan baik beliau memeluk Islam. Walau bawa senjata kemana-mana sebagai bodyguard. Badan bertatu penuh. Setiap negara pergi satu tatu. Tapi lembut dan baik akhlaknya. Dia nak hadir #SeminarPerbaikiDiri #Keluargasunnah #9feb2020. Semangat dia nak belajar Islam. Tahniah Raj. Ya Allah semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah buat lebih ramai orang memeluk Islam-ebitlew #fullVideoMasukIslam #youtubeEbitlew . Pendaftaran Seminar KeluargaSunnah 9 Feb 2020 MAEPS Serdang www.transformjiwa.com Atau link di bio/profile

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Dalam pada itu, Ebit Lew turut menceritakan sedikit latar belakang Raj ini yang mana berkerja sebagai pengawal peribadi. Dari susuk tubuhnya yang agak sasa dan juga tatu penuh dibadan tidak menghalang pemuda tersebut dari menerima hidayah.

“Walau bawa senjata kemana-mana sebagai bodyguard. Badan bertatu penuh. Setiap negara pergi satu tatu. Tapi lembut dan baik akhlaknya. Dia nak hadir #SeminarPerbaikiDiri #Keluargasunnah #9feb2020. Semangat dia nak belajar Islam. Tahniah Raj. Ya Allah semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah buat lebih ramai orang memeluk Islam.” Kongsi Ustaz Ebit Lew di instagramnya.

Begitu lah kehidupan yang mana kita tidak tahu akan pengakhiran hidup. Apa pun semoga dengan perkongsian dari Ustaz Ebit Lew ini memberikan contoh yang baik kepada kita dan juga menguatkan lagi semangat untuk berubah ke jalan agama.

Sumber: Instagram Ustaz Ebit Lew

Kongsi artikel ini: