Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Program popular Gegar Vaganza sememangnya mempunyai aura tersendiri apabila menjadi antara rancangan paling ramai ditonton oleh rakyat Malaysia. Tampil dengan keunikan tersendiri telah berjaya menarik ramai pihak untuk menaja program tersebut.
PECAH REKOD, GV6 MENDAPAT 5 PENAJA
Boleh dikatakan penaja silih berganti saban tahun dan tahun ini Gegar Vaganza memecahkan rekod tersendiri apabila mendapat lima tajaan dari syarikat besar. Dan antara menjadi perhatian netizen adalah penaja utama pogram tersebut iaitu Farm Fresh.
Jika sebelum ini, penonton disajikan dengan aksi berebut mikrofon antara penaja dan juga pengacara, namun pada kali ini tampil berbeza. Farm Fresh ataupun selesa digelar bos susu dilihat sangat tenang dalam mempromosikan produknya.
BERCAKAP PADA SLOT YANG DITETAPKAN SAHAJA
Pengarah urusannya iaitu En Azmi Zainal sangat professional dalam menjaga kredibiliti dan hanya bercakap pada slot yang ditetapkan sahaja sekali gus ramai yang memuji sikap rendah diri bos susu ini. Tak lekang ada juga yang membandingkan dengan sikap penaja yang terdahulu.
Tak cukup dengan itu sahaja, satu lagi kelainan pada GV edisi kali ini apabila mewujudkan Slot Kongsi Rezeki dimana membantu golongan artis veteran yang tidak bernasib baik. Ia adalah satu usahasama dari bos susu sendiri dalam menghulurkan bantuan.
BUAT RAKAMAN AWAL BAGI MELICINKAN PERJALANAN PROGRAM
Hasil carian di Twitter turut mendapati ramai pengguna media sosial kagum dan memuji cara En Azmi ini. Untuk nampak rancangan GV ini berlangsung dengan lebih baik, rakaman awal dibuat terlebih dahulu untuk tampil kelakuan baik.
Dalam pada itu, pengguna turut menyambut baik produk susu dari Farm Fresh ini yang jauh lebih segar dan rasanya juga sangat sedap. Pendek kata, kelakuan penaja pada kali ini lebih menghormati tuan rumah.
Konklusinya, kelakuan rendah diri seperti ini lah yang perlu diangkat orang ramai dan menjadi contoh baik buat kita semua. berharta bukan bermaksud kita boleh membuat suka hati tanpa memikirkan pandangan orang lain. Tahniah bos susu!
Sumber: Twitter Naim Mustafa, Facebook Azmi Zainal