Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Rasa malu dengan kawan lelaki! Amyra Rosli buka kisah sebenar disebalik penghijrahan bertudungnya

Nur Amira Izzati binti Rosli atau nama komersilnya Amyra Rosli dilahirkan pada 24 Ogos 1991. Memulakan kerjaya lakonan menerusi drama Jodoh dan kemudiannya mendapat kepercayaan ramai pengarah selepas itu untuk memegang watak utama.

Isteri kepada Amar Bahrain ini mula mengejutkan peminat sejak kepulangan dari menunaikan ibadah umrah baru-baru ini. Sejak dari kepulangan itu, Amyra mula mengenakan bertudung sebagai imej barunya.

TAK HEBOH UNTUK BERTUDUNG

Tindakan Amyra ini sekali gus dipuji ramai dan antara salah satunya adalah tidak menghebohkan perkara tersebut kepada umum. Malah netizen sendiri yang mula sedar dengah hijrah yang dipilih aktres cantik ini.

Terbaru, Zayan FM ada menemu ramah Amyra untuk berkongsikan kronologi ataupun asbab dia bertudung kini. Jelas Amyra perasaan ingin bertudung itu hadir dengan sendiri. Malah tiada perbicangan pun dibuat dengan Amar Bahrain untuk menutup aurat.

SUAMI SENDIRI TAK TAHU, JADI SECARA SPONTAN

Ianya terjadi secara spontan bahkan suami yang rapat dengannya tidak tahu menahu keputusan untuk bertudung ini dibuat awalnya. Bermula dengan mengenakan hijab sewaktu set pengambaran kemudiaanya berada di Tanah Suci bagi ibadah umrah.

Dalam pada itu, sebelum ini Amyra akui ada belajar dengan beberapa orang tertentu, malah suaminya Amar turut membimbing untuk menjadi lebih matang seiring dengan usia. Mungkin itu salah satu asbab menyedarkan dia untuk mula menuju ke jalan agama.

KREDIT VIDEO:

SEMOGA TERUS ISTIQOMAH, BAKAL TIMANG ANAK KEDUA

Difahamkan Amyra dan Amar bakal menimang cahaya mata kedua mereka pada tahun hadapan. Rata-rata peminat mendoakan agar Amyra terus istiqomah dengan penampilan bertudung kini dan dipermudahkan segala urusan kelak.

Tidak terlepas dari itu, netizen turut meluahkan rasa kagum dengan kisah penghijrahan Amyra ini. Namun ianya tidak akan berhasil sekiranya diri sendiri tidak berusaha untuk memahami agama.

Justeru, ini lah dinamakan kehidupan sebagai manusia yang mana kita tidak pernah tahu akan nasib dan juga pengakhiran yang bakal kita lalui. Jadi, sentiasa ingat kepada Sang Pencipta dan memohon keampunan agar tidak menjadi insan yang sia-sia kehidupannya.

Sumber: Youtube Zayan FM

Kongsi artikel ini: