Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Sambutan hari jadi adalah detik yang paling dinanti-nantikan oleh anak-anak kecil. Apa yang mereka bayangkan pada hari berkenaan, ahli keluarga dan sahabat handai datang meraikan detik bersejarah hari dia dilahirkan di dunia ini.
Namun berbeza dengan kisah yang penulis ingin kongsikan di bawah. Terlalu mengikut kepentingan diri sendiri, kanak-kanak lelaki ini diperlakukan seperti tiada perasaan. Faktor umur dan tahap pemikiran harus diambil kira sebelum melakukan sesuatu perkara.
PECAH TELUR, JIRUS AIR SEBAGAI GURAUAN HARI JADI
Kejadian ini difahamkan berlaku di luar negara yang mana kanak-kanak lelaki tersebut sedang meraikan hari jadinya. Ketika dia ingin memotong kek, semua tetamu membuat gurauan kasar dengan memecahkan telur ke atas kepalanya.
Pada awal rakaman dapat dilihat dari air muka kanak-kanak lelaki berkenaan mulanya gembira untuk memotong kek namun menangis teresak-esak bila diperlakukan sedemikian.
GURAUAN TAK KENA DENGAN UMUR
Alangkah sedih melihat kelakuan ibu bapa dan keluarga kanak-kanak ini kerana tidak peka dengan emosi yang bakal ditanggungnya. Gurauan sedemikian masih belum sesuai dengan usianya kerana apa yang dia bayangkan adalah perkara indah belaka saat itu.
Secara tidak langsung video berkenaan menjadi buah mulut warganet. Persekitaran sebegini menentukan masa depan si kecil. Ianya boleh menjadikan kanak-kanak berkenaan berasa kemurungan.
DIDIK ANAK DENGAN PSIKOLOGI DAN CONTOH YANG BAIK
Bagi penulis, tiada satu pun bahagian yang kelakar dalam video tersebut. Seolah-olah menunjukkan lagi tahap pemikiran ibu bapa yang masih lemah tentang didikan sebenar kanak-kanak. Jadi tidak hairan kalau suatu hari nanti anak-anak melayan perkara yang sama kepada orang tuanya.
The most stupid parents I ever see.. family paling sia* walau da kne curah dgn telur die still capai pisau tu nk potong kek😭 korang da musnahkan kebahagiaan budak nih babih! pic.twitter.com/WktocEaamm
— Cik Anas (@anas_cik) December 23, 2019
Natijahnya, ibu bapa perlu tahu tanggungjawab sebenar dalam mendidik anak-anak terutama menjaga perasaan dan paling penting tahap psikologi mereka. Mereka belajar melalui tindak tanduk orang dewasa.
Semoga kisah sebegini tidak terjadi dalam masyarakat negara kita dan menjadi iktibar buat kita semua.
Sumber: Twitter Cik Anas