Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Dah macam anak dengan ibu! Gelagat Neelofa dan Adik Naura curi perhatian netizen, tak reti penat

Sebelum ini penulis ada kongsikan kisah Neelofa dan kembar ciliknya iaitu adik Naura Auni. Mereka dipertemukan di pentas MeleTop selepas penularan gambar adik Naura hebat diperkatakan di laman Twitter. Mimik muka dan gaya mengenakan tudung keduanya saling tak tumpah seperti kembar.

Sumber Instagram

BACA: Saling tak tumpah! Neelofa jumpa kembar cilik dapat perhatian rakan artis. Jadi pengganti hos MeleTop

Jelas Neelofa, adik Che Naura Auni Che Fadhlullah ini memiliki wajah sepertinya sewaktu kanak-kanak dahulu. Difahamkan adik Naura turut berasal dari Kelantan iaitu Tanah Merah dari sebelah ibunya.

NAURA AUNI DAN NEELOFA BERTEMU LAGI SEKALI

Terbaru, mereka berdua bertemu lagi sekali dan video momen tersebut dimuat naik menerusi laman instagram. Gelagat mereka berdua yang saling aktif di depan kamera telah mendapat perhatian netizen.

Dapat dilihat adik Naura mengenakan baju kuning mengamatkan suasana apabila menggunakan taglinenya iaitu Comei, Cantik, Susu, Lazat, Enak sekali gus membuatkan ibu Neelofa, Datin Noor Kartini tersenyum lebar.

LAYAN MACAM ANAK SENDIRI

Neelofa seolah-olah sangat senang dengan kehadiran adik Naura ini apabila melayan dengan penuh kasih sayang serta sempat membetulkan tudung si kecil berkenaan seolah-olah seperti anaknya sendiri.

 

View this post on Instagram

 

*Dua2 sama je tak reti penat ni πŸ˜‚πŸ˜ #neelofa #minilofa #minineelofa . . πŸ“Έ MamaTini

A post shared by Neelofa’s Page (@lofa.page) on

Menjengah ke ruangan komen, peminat rata-rata memberikan maklum balas positif dan memuji kecomelan kedua mereka. Tidak dinafikan adik Naura memiliki perangai yang hampir sama dengan selebriti terkenal ini terutama tang senyum mulut senget.

SEMOGA TERBUKA PINTU REZEKI ADIK NAURA DAN KELUARGA

Peminat juga mula tidak sabar membayangkan bagaimana sekiranya Neelofa mempunyai anak, dan ianya terjawab menerusi gelagat Neelofa dan adik Naura ini. Dah macam mak dan anak.

Sumber Instagram

Difahamkan adik Naura berasal dari keluarga yang sederhana. Bapanya ada mengatakan tidak kisah dan bersyukur sekiranya Naura ditawarkan untuk berlakon.

Jadi, semoga pertemuan dengan Neelofa ini menjadi lembaran baru buat adik Naura sekeluarga dan mungkin mereka boleh berkerjasama kelak.

Sumber: Instagram lofa.page dan Che Naura Auni

Kongsi artikel ini: