Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Sepatutnya awal tahun 2020! Nina Iskandar dah bergelar ibu, selamat melahirkan cahaya mata sulung

Nur Akmalina binti Iskandar atau nama komersilnya Nina Iskandar dilahirkan pada 4 Ogos 1991 di Bandar Seri Begawan, Brunei. Mula mencipta nama di Malaysia menerusi lakonan filem Muka Surat Cinta dan sejak dari itu dia sering menjayakan watak utama dalam beberapa drama.

Sumber Instagram

Tidak dinafikan sejak bergelar isteri kepada penolong pengarah, Azlan Adzanan pada April lalu sedikit sebanyak memberi kesan kepada popularitinya. Kini Nina dilihat jarang muncul di kaca tv dan lebih aktif mempromosikan perniagaan yang sedang diusahakannya di media sosial.

SELAMAT MENIMANG CAHAYA MATA

Dalam tidak sedar, beberapa jam lepas Nina ada memuat naik status di laman instagramnya berkongsikan berita gembira kepada peminat yang dia selamat melahirkan cahaya mata sulungnya.

Menurutnya, jangkaan untuk melahirkan bayi berkenaan sepatutnya pada awal tahun 2020, namun perancangan Tuhan lebih hebat apabila ianya lebih awal dari dijangkakan. Apapun amanah ini adalah tanggungjawab baru buat Nina dan suami agar memberi didikan yang sempurna kelak.

Sumber Instagram

“You were supposed to be my 2020, but I believe Allah has better plans. Assalamualaikum & welcome to the world, my child. In this Dunya everything is temporary, and although sometimes I too forget that it shouldn’t fill the void inside us, I hope that with your presence it will remind us together.”

“And no matter in Dunya or Akhirah, you are a blessing and an incredible gift from Allah SWT, who gave me my cherished title of ‘Mother’. You’re my responsibility now, and I pledge with all my life I will protect you and take care of you for as long as I’m still breathing. 9.25am, 23rd December 2019 marks the birth of my first born child. Alhamdulillah.” Kongsi Nina di instagram miliknya.

Sumber Instagram

IDENTITI JANTINA DAN NAMA MASIH BELUM DIUMUMKAN

Nina bagai manapun dilihat tidak mendedahkan lagi identiti cahaya matanya itu kepada umum. Apa pun sama sama kita titipkan doa agar dengan kehadiran orang baru dalam rumah tangga Nina dan suami mengeratkan lagi hubungan mereka berdua.

Dalam pada itu, dengan perkhabaran baik ini, Nina dihujani dengan ucapan tahniah dari peminat. Rata-rata mendoakan agar pelakon cantik ini kembali sihat untuk meneruskan aktiviti harian seperti biasa.

Sumber: Instagram Nina Iskandar

Kongsi artikel ini: