Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Baru sahaja menimang cahaya mata ketiga pada 1 Disember lepas menambahkan lagi keceriaan buat pasangan Wawa Zainal dan juga Aeril Zafrel. Menyambut kedatangan orang baru bukan bermaksud mengabaikan tanggungjawab kepada dua lagi anaknya.
Wawa kini dilihat sibuk melayan kerenah anak-anak yang saban hari semakin banyak ragamnya. Terutama anak daranya iaitu Hayla Maghfiratul Adzkiyaa yang kini sudahpun menjengah usia 4 tahun.
ANAK DARA DAH PANDAI BERGAYA BIAR PUN UMUR BARU 4 TAHUN
Hayla dilihat semakin hari semakin pandai bergaya mengalahkan ibunya. Boleh dikatakan mini Wawa Zainal apabila memandangkan gaya duduk dan juga perwatakan Hayla di hadapan kamera. Jelas Wawa, Hayla berpenampilan sedemikian adalah disebabkan dari diri sendiri dan bukan diajar.
Bahkan pemilihan pakaian, warna kuku dipilih oleh Hayla sendiri mengikut citarasa sendiri.
“Hasil dia shopping smlm. Semua pilih sendiri termasok warna Kuku tu pastu buat sendiri cpt nya membesar.. Pandai nya budak2 zmn skg bergaya. Beza budak pompuan dgn budak laki.. Hayla Kalau g shopping mall semua benda nak beli.”
“Kalau attar 1 je cukup.. Fuhh tarik nafas ada dua anak pompuan da. Bergaya la puas2 skg ye wahai anak.. Sikit tahun lagi pakai Tudung pulak hehe” Kongsi Wawa di laman instagram miliknya.
TAK MAHU ANAK TERUS LEKA DENGAN DUNIA
Namun jelas Wawa lagi, dia enggan biarkan anaknya Hayla hanyut dengan peredaran dunia sekarang. Mulai beberapa tahun lagi dia ingin dedahkan Hayla dengan pemakaian tudung pula. Buat masa sekarang dia enggan mengongkong kerana anaknya itu masih kecil.
Melihat ke ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan tindakan Wawa ini. Jangan biarkan anak kecil terlalu selesa dengan gaya membuka aurat. Pokok pangkalnya adalah didikan ibu bapa dari rumah.
Dalam pada itu ramai yang memuji kecantikan Hayla mengenakan tudung. Biarpun berumur 4 tahun, lagaknya mengalahkan orang dewasa lain. Terikut kecantikan dari ibunya, pakai apa sahaja pasti tidak mengecewakan.
Semoga niat baik Wawa ini dalam membesarkan anak dipermudahkan seperti mana dirancang.
Sumber: Instagram Wawa Zainal