Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Benda kecik je kak! Penumpang wanita tak dapat kawal perasaan, driver bas yang kena herdik

Kita sebagai rakyat  Malaysia yang hidup dalam masyarakat pelbagai kaum harus lah saling hormat menghormati tidak kira bangsa dan juga agama. Ianya melambangkan identiti serta peribadi individu tersebut.

Sedangkan dalam agama turut menuntut penganutnya agar saling bertolak ansur dan menahan sabar ketika sedang amarah. Semalam tersebarnya video klip seorang penumpang bas wanita bertindak memarahi pemandu bas.

Sumber Facebook

PENUMPANG TAK DAPAT MENGAWAL PERASAAN

Difahamkan ianya berikutan anaknya hampir tercedera kerana pemandu bas berkenaan memberhentikan kenderaan tersebut secara mengejut. Seolah-olah tidak dapat mengawal diri, penumpang tanpa rasa bersalah mengeluarkan perkataan tidak sepatutnya kepada pemandu bas yang juga wanita berumur.

Meskipun dalam keadaan huru hara, pemandu bas tersebut dilihat tenang mengawal keadaan dan tidak cepat melatah dengan provokasi dari penumpang sedemikian. Dia menjelaskan tindakan memberhentikan bas tidak disengajakan bagi mengelakkan pelanggaran berlaku.

Sumber Facebook

HILANG RASA HORMAT PADA YANG BERUSIA

Melihat pada rakaman video, penumpang terbabit seolah-olah tidak menghiraukan keadaan sekeliling biarpun ditenangkan oleh penumpang yang lain. Pemandu bas sudah memohon maaf di atas perkara yang tidak disengajakan.

Namun dia dilihat masih tidak berpuas hati dan mengugut untuk membuat laporan agar tindakan tatatertib dikenakan kepada pemandu bas berkenaan.

Sumber Facebook

PERKARA BOLEH DIBAWA BERBINCANG

Sedikit sebanyak tindakan wanita ini memberikan pandangan negatif. Langsung tidak boleh beri kerjasama bahkan bertolak ansur ketika bercakap dengan orang yang lebih tua. Rasanya break emergency perlu sekiranya dalam keadaan tidak selamat. Malah, sesiapa pun akan ada melakukan kesilapan.

Inikan pula membawa kenderaan bersaiz besar seperti bas ini. Jadi sebaiknya bercakap lah lemah lembut agar tidak mencemarkan nama baik diri sendiri kelak.

KREDIT VIDEO KEJADIAN:

Rata-rata netizen sangat memuji pemandu bas wanita yang tenang mengawal situasi sedemikian. Bayangkan jika bertemu dengan yang jenis panas baran, rasanya dari awal lagi sudah dihalau keluar dari menaiki bas.

Semoga kisah sebegini menjadi pengajaran buat kita semua. Tanamkan sifat budi bahasa itu budaya kita. Selagi kita mampu bersabar dan tolak ansur, menegurlah secara berhemah.

Kredit: Facebook Samad dan Said

Kongsi artikel ini: