Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tak perlu nak jaja cerita! Selamat bergelar isteri, tindakan dalam diam Farah Nabilah dipuji ramai

Masih ingat dengan Farah Nabilah? Heroin yang terkenal dengan drama Titian Cinta. Mungkin yang ramai tak tahu kisah peribadi Farah ini memandangkan dia lebih banyak berahsia dan fokus kepada kerjaya lakonan semata-mata.

Sumber Instagram

Malam tadi pelakon cantik ini selamat bergelar isteri kepada Mohamed Amirul Yunus. Majlis pernikahan tersebut berlangsung dengan penuh meriah dan gah di Mutiara Ballroom, Royal Chulan, Damansara.

FARAH TERIMA WANG HANTARAN RM 77,777.77

Hampir 100 orang tetamu yang menjadi saksi perkahwinan mereka malam tadi. Difahamkan Farah menerima mas kahwin sebanyak RM 1000 dan masing-masing berbalas tujuh hantaran. Manakala wang hantaran yang diberikan oleh Amirul berjumlah RM 77,777.77.

Farah dan Amirul turut mengadakan majlis pertunangan serentak. Sebagai menghormati adat, ibu Amirul dilihat menyarungkan sebentuk cincin ke jari manis pelakon berusia 27 tahun tersebut. Farah tampil anggun dan ringkas dengan mengenakan busana berwarna putih.

Sumber Instagram

PANDAI SOROK KEKASIH, TIADA GIMIK PERKAHWINAN

Selama 7 tahun menjalinkan cinta dalam diam, ramai yang tidak tahu kisah cinta mereka ini. Ramai yang memuji tindakan Farah Nabilah yang pandai membawa diri dalam dunia hiburan tanah air tanpa mencetuskan gimik ataupun kontroversi.

Sumber Instagram

Menjengah ke komen warganet, rata-rata mengucapkan tahniah buat pelakon cantik ini dan mendoakan agar kebahagiaan buat mereka berdua. Tidak terlepas dari itu, mereka turut terkejut dengan berita perkahwinan Farah ini yang langsung tidak diwar-warkan terlebih dahulu.

Tindakan dalam diam ini lah yang membuatkan ramai yang kagum kerana tidak memerlukan gosip murahan. Seingat penulis, baru sekali Farah mendedahkan suaminya, Amirul sebelum berkahwin iaitu ketika sidang media 22 Oktober lepas.

Tahniah diucapkan kepada Farah dan suami atas berita perkahwinan ini. Semoga rumah tangga yang dibina kekal bahagia dan dicepatkan dikurniakan cahaya mata.

Sumber: Instagram Farah Nabilah

Kongsi artikel ini: