Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Pengorbanan 4 tahun jaga ibu koma, gadis remaja ini sebak berjaya peroleh 8A dalam PT3

Bukan mudah untuk seorang anak menjaga ibunya yang terlantar sakit. Kebanyakan anak muda zaman sekarang lebih banyak menghabiskan masa melepak di kedai mamak sambil bermain PUBG. Tak kurang hebatnya duduk di meja IKEA sambil makan meatball.

Namun, tidak boleh salahkan mereka 100%. Trend kehidupan yang membawa hala tuju mereka. Terkesan dengan pembawakan teknologi baru di hujung jari. Namun, tak semua remaja hidup dengan cara sedemikian. Masih ada yang sangup gadaikan zaman remaja demi ibu bapa.

Sumber Facebook

EMPAT TAHUN JAGA IBU KOMA

Sebagai contoh kisah adik Zanatul Nur Afini ini. Afini menghabiskan masa empat tahun untuk menemani dan menjaga ibu kesayangan yang koma. Segala pengorbanan Afini tidak sia-sia apabila mencatat keputusan cemerlang dalam Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).

Sumber Facebook

Afini memperoleh 8A dan berita tersebut dikongsikan oleh penceramah motivasi terkenal iaitu Raja Shamri menerusi laman Facebook miliknya. Yang menariknya lagi, Afini merupakan satu-satunya pelajar dari sekolahnya yang memperoleh keputusan cemerlang tersebut.

DAPAT PERHATIAN RAMAI PIHAK

Berita kejayaan Afini ini secara tidak langsung menarik perhatian ramai pihak seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan beberapa lagi badan NGO. Ini lah dinamakan rezeki setelah berjasa kepada ibu bapa.

Sumber Facebook

Menyapa Afini tentang kejayaan yang diperoleh, jelasnya dia tidak akan berjaya tanpa sokongan ahli keluarga terutama abangnya Idham.

Berikut perkongsian asal Raja Shamri:

“Alhamdulillah Zanatul Nur Afini, anak puan Zabidah yang koma sejak 2015 memperolehi keputusan yang amat cemerlang dalam keputusan peperiksaan PT3 baru-baru ini. Beliau memperolehi 8A dan merupakan pelajar tunggal sekolah beliau yang memperolehi 8A. Tahniah Afini.”

“Kisah kejayaan Afini ini telah mendapat perhatian dari pihak RTM dan hari ini keluarga Afini telah di kunjungi oleh wartawan dari RTM yang di ketuai oleh Puan Majidah beserta juruvideo RTM.”

Sumber Facebook

“Pihak RTM telah menemuramah Afini dan bertanya tentang rahsia kejayaan Afini yang juga perlu menjaga ibu yang koma. Menurut Afini ini semua adalah hasil pengorbanan keluarga beliau terutama abangnya Idham dan bapa saudara Paksu Amran.”

“Guru sekolah dan beberapa orang wakil Third Force Pasir Mas juga hadir pada hari ini. Beberapa orang penyumbang juga telah menyampaikan sumbangan kepada Afini dan keluarga.”

Sumber Facebook

Semoga kisah adik Afini ini dapat menyuntik semangat kepada remaja lain dan juga memberi contoh yang baik kepada kita. Untuk berjaya dalam hidup perlukan keberkatan dari ibu bapa khususnya selain daripada usaha gigih.Tahniah penulis ucapkan kepada adik Afini.

Sumber: Facebook Raja Shamri

Kongsi artikel ini: