Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Ustaz selebriti buat hal, siap ada video panas! Netizen buat kerja spy, dedah identiti Da’i dimaksudkan

Penceramah bebas atau ustaz selebriti sering menjadi topik hangat di media massa sejak kebelakangan ini. Ianya dilihat sebagai trend memainkan hati serta perasaan isteri apabila sekali lagi tersebar kisah seorang ustaz selebriti main kayu tiga.

ISU USTAZ SELEBRITI KEMBALI HANGAT, ISTERI DEDAH ADA VIDEO PANAS

Kisah ini bukan direka-reka tetapi ianya didedahkan sendiri oleh isteri ustaz selebriti yang dimaksudkan. Ianya berikutan perasaan yang tak tertanggung setelah hampir empat tahun bersama namun sinar harapan untuk berubah dilihat tipis.

Sumber mStar Online

Identiti isteri dirahsiakan bagi tujuan keselamatan. Dia membuka bicara dengan memberitahu tabiat suaminya yang menjadikan platform media sosial untuk pancing gadis-gadis dan menjual gelaran diri untuk menyakinkan lagi mereka.

Bukan setakat itu sahaja, isterinya memberitahu ada menyimpan segala bukti perbualan dan video panas milik suaminya bersama wanita-wanita yang dikenali di laman sosial.

BACA: Kes tunggang agama lagi! Isteri ustaz selebriti dedah perangai sebenar suami, jumpa video panas

NETIZEN DEDAH IDENTITI USTAZ SELEBRITI, NAMA PALING DISEBUT

Setelah tersebarnya kisah selebriti ini, para pengguna media sosial terus membuat siasatan untuk mencari identiti ustaz selebriti yang dimaksudkan. Hasil daripada tinjauan, nama Da’i Hijrah menjadi topik hangat berdasarkan klu-klu yang didedahkan.

Sumber Facebook

Hasil carian di Twitter juga menunjukkan nama Da’i Hijrah menjadi bualan ramai. Menjengah ke ruangan komen, sudah pasti ramai yang tidak berpuas hati dengan kejadian sebegini. Topik yang sama membabitkan orang agama yang kalah dengan benda bernama wanita.

Sumber Twitter

Antara klu lain menguatkan dakwaan ini adalah apabila kesemua platform media sosialnya seperti facebook dan instagram telah pun dipadamkan.

Sumber Twitter

JADIKAN IKTIBAR, JANGAN PERGUNAKAN GELARAN AGAMA

Diharapkan kejadian sebegini tidak berulang dalam kalangan ahli agama. Namun, dalam bab nafsu tiada siapa dapat dikecualikan. Mereka juga manusia yang ada ketika turut diuji. Cuma gelaran selebriti ini yang membuatkan netizen kurang senang.

Sumber Twitter

Seolah-olah muncul dari rancangan realiti sekadar untuk popular dan bukannya di atas landasan agama yang betul. Apa pun kita doakan yang terbaik buat dan jadikan kisah-kisah sebegini sebagai iktibar dalam kehidupan.

Sumber: Facebook Dura Hatta dan carian Twitter

Kongsi artikel ini: