Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Sambut anak dengan Music Video terbaru! Usia sehari, Aliff Syukri & isteri dedah wajah comel anak bongsu

Pasangan usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida dikhabarkan selamat menimang cahaya mata kelima mereka petang semalam. Perkhabaran baik ini dikongsikan menerusi Instagram milik Datin Shahida beberapa jam lepas.

MASIH BELUM ADA NAMA

“Ini lah baby hajah saya!! belum ada nama lagi. Nak tgk full video boleh ke TV terlajak Laris Youtube sekarang!!!” Tulis Datin Shahida di ruangan kepsyen.

 

View this post on Instagram

 

Ini lah baby hajah saya!! belum ada nama lagi…. . Nak tgk full video boleh ke TV terlajak Laris Youtube sekarang!!!

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

Momen indah menyambut kelahiran ahli baru keluarga mereka disertakan dengan Music Video berjudul Haruman Syurga yang dimuat naik secara eksklusif di chanel Youtube TV Terlajak Laris. Ianya sebagai tanda syukur dengan anugerah yang terindah ini.

ANAK BONGSU BELUM ADA INSTAGRAM RASMI

Dalam pada itu, Aliff Syukri dilihat mengingatkan orang ramai bahawa anak bongsunya itu masih belum ada akaun rasmi instagram. Jadi dia berharap agar orang ramai tidak tertipu dengan mana-mana individu yang mengambil kesempatan berkaitan anaknya itu.

“Anak saya ini tiada akaun Instagram tolong berhati hati kepada mereka yang mengambil kesempatan.. 2.8kg sahaja.. Tak cukup hari pagi anak abah dah nak keluar… Anak abah paling kecil lahir..”

SAMBUT BAYI BARU DENGAN MUSIC VIDEO TERBARU

“Paling cepat menangis, paling besar mataya .. Siapa yang nak tengok muka saya anak abah yang paling comel ini korang boleh buka dekat YouTube tv Telajak laris 03:00 petang ..”

“#harumansyurga lagu Ini abah ciptakan untuk mereka yang mempunyai bakal cahaya mata yang akan menyinari kehidupan korang untuk lebih bahagia semoga korang gembira dengan video yang kami buat sendiri ini..” Tulis Aliff mengingatkan pengikutnya.

Sumber Instagram

Untuk pembaca yang masih belum mendengar lagi lagu Haruman Syurga, boleh lah menontonnya di bawah dan jangan lupa komen apa yang patut.

MUSIC VIDEO HARUMAN SYURGA:

Tahniah penulis ucapkan kepada Datuk dan Datin dengan kelahiran cahaya mata baru ini. Semoga amanah dari Tuhan ini membesar dengan sihat dan menambahkan lagi rezeki buat sekeluarga serta menjadi anak solehah seperti mana diidamkan.

Sumber: Instagram Datin Shahida, Aliff Syukri

Kongsi artikel ini: