Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Kahwin bukan sebab orang lain! Bakal tamat zaman duda, Issey Titan dedah wajah bakal isteri

Sebelum ini penulis ada kongsikan perihal pelawak dan juga pengacara berasal dari Kota Bharu, Kelantan iaitu Issey Fazlisham yang bakal menamatkan zaman dudanya. Issey yang pernah gagal dalam perkahwinan sebelum ini nekad memilih rakan lama sebagai isteri.

BACA: Dah lama idam keluarga bahagia! Issey Titan pilih kawan lama, bakal kahwin ibu tunggal anak tiga

PILIH IBU TUNGGAL ANAK TIGA

Difahamkan bakal isteri bernama Noor Aimi adalah ibu tunggal beranak tiga dan juga berasal dari Kota Bharu. Lagi beberapa hari menanti detik untuk disatukan, Issey memberitahu yang segala persiapan telah pun disediakan.

Noor Aimi, bakal isteri Issey

Untuk kad undangan pula pun sudah diagihkan kepada tetamu dan juga rakan artis sejak minggu lepas lagi. Nampak tak sabar betul pasangan ni yer!

Untuk menghargai detik-detik akhir sebelum bergelar suami isteri, mereka berdua dilihat ada memuat naik video di laman instagram. Dalam video berkenaan memaparkan perbualan mereka berdua tentang soal rumah tangga.

Sumber Instagram

SAYANG I DAN ANAK-ANAK BUKAN SEBAB ORANG LAIN TAPI SEBAB ALLAH TAALA

Bakal isteri, Aimi mengingatkan Issey tentang tanggungjawab barunya selepas ini. Bukan sahaja dirinya yang perlu Issey fokuskan malah 3 orang anaknya juga. Jadikan perkahwinan ini atas dasar agama dan bukan kerana orang lain.

Sumber Instagram

Dalam pada itu, Aimi turut mengatakan tentang pengalaman dalam rumah tangga sebelum ini. Jadikan kisah lama sebagai pengajaran yang membawa hala tuju baru dalam kehidupan mereka sekeluarga kelak.

VIDEO PENUH:

 

View this post on Instagram

 

Dulu kita kecek ‘aku mung’. Tak sangka mung bakal jadi bini aku. Bismillah. Moga dipermudahkan segala urusan @aimi_jamel @calamayagarden

A post shared by issey (@isseyfazlisham) on

Issey hanya memberikan maklum balas pendek. Dia tidak menyangka bakal berkahwin dengan kenalan lama.

“Dulu kita kecek ‘aku mung’. Tak sangka mung bakal jadi bini aku. Bismillah. Moga dipermudahkan segala urusan.” Tulis pendek Issey.

Sumber Instagram

SEMOGA PERKAHWINAN KEKAL BAHAGIA

Melihat ke ruangan komen klip berkenaan, rata-rata peminat dan juga rakan artis memuji kecomelan dan juga kesuwitan pasangan ini. Tidak lupa juga ucapan tahniah buat mereka yang bakal melangsungkan akad nikah pada hari Ahad, 22 Disember.

Penulis doakan agar perkahwinan mereka dirahmati dan menemui kebahagiaan seperti mana yang dicari sebelum ini.

Sumber: Instagram Issey Fazlisham

Kongsi artikel ini: