Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Wajahnya sering di kaca televisyen menerusi sukan badminton. Chan Peng Soon dilahirkan pada 27 April 1988 di Georgetown Pulau Pinang. Pemain badminton ini digandingkan bersama Goh Liu Ying sehingga berjaya bergelar beregu campuran nombor 3 dunia.
CHAN PENG SOON ALAMI BELL’S PALSY
Berita ini mungkin mengejutkan ramai peminat sukan badminton tanah air. Dikhabarkan pemain beregu campuran negara ini, Chan Peng Soon mengalami Bell’s Palsy. Ianya mengakibatkan separuh dari mukanya lumpuh.
Perkara ini disahkan sendiri oleh pemain badminton ini menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman instagramnya. Dalam video berkenaan menunjukkan bahagian lumpuh yang sedang menghantui dirinya.
MATA KIRI TAK DAPAT TUTUP RAPAT, MULUT SENGET
Ini adalah suatu tamparan hebat buat Peng Soon yang sedang bergelut dalam melayakkan diri bagi Sukan Olimpik di Tokyo pada tahun 2020. Difahamkan Peng Soon mengalami Bell’s Palsy ini sehari sebelum Final Jelajah Dunia di Guangzhou.
“Saya tidak tahu sama ada anda telah mendengar penyakit ini (lumpuh bahagian muka). Saya menghadapi penyakit ini sekarang!” Tulis Peng Soon di ruangan kepsyen.
Dalam rakaman video di IGnya itu, Peng Soon menyatakan bahawa sebahagian dari mukanya tidak berasa apa-apa manakala sebahagian lagi dalam keadaan baik. Jelasnya lagi dia tidak dapat menutup mata kirinya dan peluh sentiasa turun ke bahagian mata tersebut sekali gus menjejaskan permainan.
PEMINAT MENDOAKAN KESIHATAN PENG SOON
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata terkejut dengan penyakit yang sedang dihadapi oleh jaguh badminton ini. Sedangkan atlet sukan yang aktif tetap berisiko untuk berdepan dengan situasi sebegini.
Mereka turut mendoakan agar Peng Soon kembali sihat seperti sedia kala agar tidak menjejaskan rentak permainannya kelak. Bagai manapun difahamkan simptom ini boleh sembuh tetapi memerlukan masa rehat yang secukupnya.
Itu lah tanda kerja keras seorang atlet sehingga memberi kesan terhadap kesihatan tubuh badan. Apa pun sama-sama kita doakan regu badminton Malaysia ini kembali pulih untuk beraksi cemerlang dalam Olimpik di Tokyo kelak.
Sumber: Instagram Chan Peng Soon