Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Gagal buat kali seterusnya! Tiz Zaqyah dedah punca hubungan cinta retak dengan Syed Hafiz

Tiz Zaqyah tidak perlu diperkenalkan lagi. Lakonan mantap aktres jelita ini sudah pasti sentiasa memukau mata penontonnya. Pemilik nama Siti Zaqyah binti Abdul Razak paling diingati wataknya menerusi drama Nur Kasih sehingga dicalonkan dalam pelbagai anugerah.

Artis kelahiran Kuala Lumpur ini pernah dikaitkan dengan nama Remy Ishak. Pada tahun 2011, Remy akui khabar berita mengenai hubungan cinta antara mereka adalah benar. Namun tidak bertahan lama apabila kedua mereka bersetuju memutuskan hubungan pada akhir 2012.

Sumber Instagram

HUBUNGAN MULA RETAK DENGAN KEKASIH

Dalam diam, mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa Tiz sebenar dah menemui pengganti untuk mengisi kekosongan hati. Semuanya terdedah pada Disember tahun lalu apabila dia dilihat memuat naik gambar bersama seorang lelaki.

Dikenali sebagai Syed Hafiz, pada awalnya mereka dilihat saling melengkapi. Disangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Terbaru Tiz mengakui jodoh mereka tidak panjang dan telah pun putus beberapa bulan yang lalu.

Sumber Instagram

TIADA LAGI PERSEFAHAMAN

Siapa yang tidak sedih, begitu lah yang dirasai oleh Tiz kini. Jelasnya punca perpisahan disebabkan faktor tiada persefahaman lagi antara mereka. Apa pun Tiz tetap tampil kuat biar pun gagal membawa hubungan ini ke jinjang pelamin.

Dalam pada itu, Tiz seolah-olah memberi hint yang mana dirinya telah pun penat untuk menjaga hati orang lain. Dan hubungan sebegitu tidak akan ke mana dan tiada guna untuk bertahan lagi. Itu bukan bermakna dia serik untuk bercinta lagi.

Sumber Instagram

TIZ ZAQYAH TAK SERIK UNTUK BERCINTA LAGI

Disapa mengenai kisah cinta, Tiz pernah gagal beberapa kali. Jelasnya kisah-kisah lama tidak menjejaskan dirinya. Dia masih terbuka untuk menerima cinta baru dan terbuka untuk berkawan dengan sesiapa. Yang penting biarlah saling menerima kelamahan diri masing-masing.

Buat masa sekarang, aktres jelita ini ingin fokuskan pada masa depan kerjaya lakonan memandangkan sudah lama berehat panjang.

Sumber Instagram

Itu lah dinamakan jodoh. Segigih mana kita berusaha untuk menjaganya dan jika tidak ditakdirkan bersama maka dia bukan lah milik kita. Harus kita muhasabah diri dimana kelemahan yang patut kita baiki supaya di masa hadapan tidak berulang kembali.

Kongsi artikel ini: