Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Nama Aeril Zafrel tidak perlu diperkenalkan lagi. Dia dan Wawa Zainal kini dilihat semakin berjaya dalam dunia perniagaan yang sedang mereka usahakan. Namun untuk berjaya dalam hidup bukan lah perkara yang mudah.
Pelbagai cabaran dan dugaan yang perlu ditempuhi seseorang itu termasuk lah pasangan dua sejoli ini sebelum bergelar jutawan kini. Dilihat semakin hari semakin bahagia, Aeril Zafrel tidak lokek berkongsi ilmu dan pedapatnya tentang rezeki Tuhan.
YAKIN BAHAWA ISTERI PEMBAWA REZEKI
Perkongsian itu dibuat menerusi laman Twitter Aeril Zafrel sekali gus mendapat perhatian ramai.
“Susah macam mana pun laluan hidup berumahtangga ..kau kena yakin bahawa seorang isteri ni sebenarnya pembawa rezeki..yang penting kau tak kedekut tunaikan apa yang dia perlu…” Tulis Aeril di twitter miliknya.
Bercerita pasal rezeki ini telah pun dinyatakan dalam agama kita. Sebagai suami, sudah menjadi tanggungjawab dalam menjaga nafkah zahir mahu pun batin. Apa yang masyarakat kita tahu berkenaan batin adalah hubungan kelamin semata.
RAMAI SALAH FAHAM SOAL NAFKAH BATIN
Sebenarnya, soal nafkah batin ni sangat luas. Ia melibatkan hati dan perasaan isteri juga. Andainya suami dapat buat isteri tersenyum bahagia, itu antara salah satu jalan untuk dimurahkan pintu rezeki.
Cuba bayangkan sekiranya si isteri asyik makan hati dengan suami yang terlalu berkira-kira, sudah pasti rumah tangga tidak akan aman dan perkara ungkit mengungkit akan berlaku. Penyelesaiannya adalah suami perlu berkorban terlebih dahulu.
SUAMI BERTINDAK TERLEBIH DAHULU
Jadikan setiap hari sebagai kisah pasangan bercinta. Kalau di kedai makan, suami bangun lah untuk bayar bil terlebih dahulu. Jarang-jarang sekali cuba buat kejutan dengan hadiahkan coklat cadburry. Biar pun nilai murah, tapi ucapan penghargaan itu melebihi segalanya.
Semoga perkongsian dari Aeril Zafrel ini sedikit sebanyak membuka minda masyarakat kita dalam menghargai seorang isteri. Sedekah yang paling afdal adalah daripada kalangan saudara terdekat bermula orang yang paling rapat hingga lah paling jauh.
Sumber: Twitter Aeril Zafrel