Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Minat sejenis jadi punca! Ikuti pengakuan Zara Zya dan Hafreez Adam tentang orang ketiga

Umum mengetahui hubungan antara Zara Zya dan Hafreez Adam sudah pun terlerai setelah pelbagai cerita berjaya dihidu berkenaan keretakan hubungan mereka. Berita putus tunang ini diakui sendiri oleh Hafrez yang mengeluarkan kenyataan pada beberapa hari yang lalu.

BACA: Ini bukan penamat yang diidamkan! Hafreez Adam, Zara Zya akur jodoh bukan milik mereka. 2 tahun belum cukup untuk kenal

Sumber Instagram

TULAR ZARA ZYA MINAT SEJENIS

Jelas Hafreez, keputusan ini diambil atas persetujuan bersama atas dasar tiada lagi persefahaman antara mereka berdua dan tidak menjelaskan secara tepat punca keretakan hubungan. Namun, tidak menunggu lama, tersebar pula kisah Zara Zya minat kepada sejenis.

Kisah ini bukan sengaja direka-reka. Ianya berikutan tersebar video perbualan Zara dengan seorang wanita yang boleh dikatakan agak mesra. Bahasakan diri sebagai sayang dan juga gambar selfie menguatkan lagi mereka ada hubungan rapat.

 

View this post on Instagram

 

. Yang min x faham…. apa motif wanita ini share perbualannya dgn @zarazya ??? . #zarazya #hafreezadam #apakes

A post shared by ApaKes? (@apakesofficial) on

RESPON ZARA ZYA, HANYA KAWAN RAPAT

Tidak mendiamkan diri, akhirnya Zara Zya tampil memberi respon terhadap video berkenaan. Jelasnya tiada isu orang ketiga yang menyebabkan dia dan Hafreez berpisah. Dia dan wanita berkenaan adalah hanya kawan rapat dan tidak terjurus ke arah sejenis.

Untuk kawan rapat, ianya biasa dengan panggilan sayang dan dia pasti wanita lain turut melakukan perkara yang sama. Mungkin ada pihak yang sengaja mencetuskan kontroversi memandangkan sekarang hangat kisahnya dan bekas tunang.

Sumber Instagram

HAFREEZ TURUT MERASA ADA PIHAK YANG SENGAJA

Tidak terhenti di situ, bekas tunang iaitu Hafreez Adam turut memberikan respon yang dia tidak percaya Zara ada menjalinkan hubungan sejenis. Jelasnya lagi, sepanjang mereka bersama, Zara tidak pernah berkelakuan pelik dan seorang yang sangat manja.

Sumbe Instagram

Dia turut percaya bahawa ada pihak yang cuba menjatuhkan Zara Zya namun dia enggan mengulas lanjut berkenaan isu ini memandangkan hubungan mereka sudah pun berakhir.

Apa pun diharapkan perkara ini tidak berlanjutan dan tidak menjejaskan emosi buat pasangan ini. Sama-sama kita doakan agar perkara sebegini tidak berlaku dalam kalangan artis dan dijauhkan dari kehidupan kita.

Kredit: Instagram apakesofficial

Kongsi artikel ini: