Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Minat pada yang berumur! Gadis 18 tahun tolak 10 lamaran lelaki demi cinta Pak Cik 62 tahun

Jodoh itu rahsia Tuhan yang telah pun tertulis sejak roh ditiupkan ke dalam jasad hambaNya. Apa pun yang kita rancang belum tentu ia berjaya sekiranya tidak diizinkan olehNya. Apa pun kita masih mampu berusaha untuk ubah masa depan kita sendiri.

Sebagai contoh kisah yang ingin penulis kongsikan pada kali ini melibatkan perkahwinan antara gadis berumur 18 tahun bersama lelaki yang sudah pun berumur, 62 tahun. Meski pun berbeza 44 tahun, pengantin perempuan, Diana sebelum ini telah menolak 10 orang jejaka.

Sumber detik.com

TOLAK 10 LAMARAN LELAKI, AKHIRNYA AKUR DENGAN AURA SULAEMAN

Namun aura yang ke 11 tidak mampu dia tepis. Pengantin lelaki yang dikenali sebagai Sulaeman memberitahu dia jatuh cinta pandang pertama kepada Diana sewaktu menziarahi keluarga tersebut bagi tujuan ingin menempah parang dengan ayah Diana iaitu Daeng Caco.

Setelah lama berulang alik ke rumah mereka atas alasan ingin mengeratkan hubungan silaturrahim, akhirnya dia beranikan diri untuk melamar gadis berkenan sebagai pengganti isteri yang telah kembali kepada Sang Pencipta.

Sumber detik.com

Perkahwinan antara mereka berdua ini adalah atas dasar cinta dan suka sama suka. Tiada unsur paksaan dan itu lah yang diterangkan oleh ketua kampung mereka iaitu Zainal Ariffin. Kejadian ini dilaporkan berlaku di daerah Makassar.

PENGANTIN WANITA TERIMA HANTARAN RM 11,264.45

Difahamkan dalam majlis perkahwinan yang diadakan kelmarin dulu lepas, Sulaeman menghadiahkan wang hantaran berjumlah 35 juta rupiah bersamaan RM 11,264.45, barangan kemas dan 300kg beras kepada pengantin wanita.

Menyapa Diana, dia sangat senang perwatakan yang ditunjukkan oleh Sulaeman. Sebab sikap itu lah dia mula jatuh cinta biarpun Sulaeman lebih berumur. Dia meminta agar orang ramai mendoakan kebahagian buat mereka dan dipercepatkan mendapat cahaya mata.

 

Sumber detik.com

Benar lah cinta itu buta dan ia tak kenal siapa. Bila rasa kasih dan sayang itu wujud, maka bersatu lah dua hati. Bagi pembaca yang masih lagi belum bertemu jodoh, mungkin pasangan anda sedang dalam proses perjalanan.

Apa pun jangan berhenti mencuba untuk berusaha. Tanpa usaha mana mungkin ia boleh datang bergolek.

Sumber: detik.com

Kongsi artikel ini: