Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Lama sepi dalam media sosial! Zizan Razak dalam pemantauan doktor, kini terbaring atas katil

Nama figura ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Zizan Razak semakin hari semakin berjaya dalam dunia seni. Tidak dinafikan aksi jenaka secara spontan menjadikan dirinya sentiasa diterima oleh peminat.

Namun, sejak akhir-akhir ini kita jarang melihat wajah pelawak terkenal ini di media sosial. Selalunya anak kelahiran Dungun, Terengganu ini akan sentiasa update aktiviti hariannya di laman instagram namun sunyi seketika buat dua tiga hari ini.

Sumber Instagram

ZIZAN DITAHAN DALAM WAD, TERKENA INFLUENZA A

Khabarnya Zizan kini berada di wad berikutan terkena jangkitan virus Influenza A. Berita ini dimaklumkan sendiri oleh Zizan menerusi instagramnya sejam yang lepas. Keadaannya kini masih lagi dalam pemantauan doktor.

“Assalamualaikum dan maaf untuk lama tidak update dimedia sosial. Cuma ingin memberitahu pada semua yang mengenal Zizan. Kini Zizan masih lagi dalam rawatan dan pemantauan pihak hospital kerana terkena virus Influenza A.”

Sumber Instagram

SAKIT PUN MASIH SEMPAT MELAWAK

“Yang cuma satu A dan bukan 9A sepertimana keputusan peperiksaan SPM. Tapi sekurangnya ada A dalam pengalaman kehidupan. Jadi nasihat Zizan pada semua berhati hatilah bila ketempat awam.”

“Pakailah topeng atau apa saja untuk mengelak dari terkena apa apa jangkitan yang datang dari udara yang kita tidak nampak. Kalau terlupa bawak topeng pinjam je boxer kawan atau boyfriend janji hidup anda sihat sejahtera.”

Sumber Instagram

MOHON PEMINAT DOAKAN KESIHATAN BUATNYA

“Dan Zizan dapat info sekarang memang ramai yang terkena virus influenza samada A atau B bergantung kepada kecermelangan anda. Dan doakan Zizan cepat sembuh ya. Dan terima kasih kepada yang kasi bunga serta buah dan yang mendoakan buat Zizan. I love u guys.” Tulis Zizan sambil berseloroh.

Justeru, sama-sama kita doakan pelakon Polis Evo ini kembali sihat untuk dia meneruskan penggambaran filem terbarunya. Dinasihatkan juga buat netizen agar lebih peka untuk berada di tempat umum.

Sumber Instagram

Memandangkan kes seperti ini semakin meningkat, jadikan perkongsian Zizan ini suatu kesedaran dalam diri kita untuk tampil waspada dan memakai topeng sentiasa.

Sumber: Instagram Zizan Razak

Kongsi artikel ini: